Apa itu Apple Pay? Fungsi dan Cara Menetapkannya

Apa itu Apple Pay? Fungsi dan Cara Menetapkannya

Pada tanggal 9 Ogos 2022, setelah penantian yang begitu lama, maka kini Apple Pay telah pun berjaya dibawa masuk ke Malaysia dan kemasukan ini disambut dengan sangat baik oleh rata-rata pengguna Apple di seluruh Malaysia.

Disebabkan itu, kami berhasrat ingin menulis tentang Apple Pay kepada anda semua.

Apakah Apple Pay?

Apple Pay ialah sebuah teknologi bayaran tanpa sentuhan untuk peranti-peranti Apple. Teknologi ini menggantikan kad fizikal anda, wang tunai dengan lebih mudah, lebih selamat, dan lebih kukuh – tidak kira samada anda di kedai, atas talian, atau hendak memindahkan wang tunai kepada rakan atau keluarga.

Ringkasnya, anda bayangkan peranti iPhone anda merupakan sebuah kad debit/credit. Anda cuma perlu perlu gunakan iPhone anda untuk membuat bayaran.

Bank apa yang menyokong ciri Apple Pay di Malaysia?

Terdapat tiga bank besar yang menyokong ciri ini pada tarikh artikel ini ditulis. Bank-bank tersebut ialah

  • Maybank
  • AmBank
  • Standard Chartered

Manakala, untuk bank-bank yang lain pula kami masih menantikan khabar berita daripada pihak mereka oleh kerana tidak semua pengguna iPhone mempunyai bank di atas.

Di mana anda boleh menggunakan Apple Pay?

Untuk pengetahuan anda, ciri Apple Pay ini sudah boleh digunakan pada kedai-kedai umpa KFC, Maxis, Machines, McDonald’s, Mydin, Pizza Hut, Starbucks, U Mobile, Uniqlo, Village Grocer, dan Watsons.

READ ALSO  What is an Apple ID? | Apple Support

Bukan itu sahaja, Apple Pay juga sudah ditawarkan di beberapa platform atas talian umpama Shopee, Sephora, Atome, dan Adidas.

Setakat hari ini, Apple Pay sudah tersedia ke lebih daripada 60 buah negara, daerah dan berfungsi dengan lebih daripada 10,000 bank dan rakan jaringan di seluruh dunia.

Cara Menetapkan Apple Pay di Peranti Anda

Berikut kami sertakan dua video daripada Apple Support YouTube yang rasmi sebagai rujukan.

How to use Apple Pay — Apple Support

https://youtu.be/uDQKTPuC0oA

How to use Apple Pay on your Apple Watch | Apple Support

Kesimpulan

Adakah anda pengguna iPhone? Jangan sia-siakan ciri ini, Tetapkan sekarang dan kongsikan pengalaman anda menggunakan Apple Pay dalam aktiviti seharian anda.

Sumber

Apple pay launches in Malaysia. Apple Newsroom (Singapore). (2022, August 9). Retrieved August 9, 2022, from https://www.apple.com/sg/newsroom/2022/08/apple-pay-launches-in-malaysia/

Pocket-lint. (2022, January 27). What is Apple Pay, how it works, and how you set it up. Pocket. Retrieved August 9, 2022, from https://www.pocket-lint.com/phones/news/apple/130870-what-is-apple-pay-how-does-it-work-and-which-banks-support-it

Show 1 Comment

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *