Pengenalan
OBS Studio ialah singkatan kepada Open Broadcast Software Studio. Ia adalah perisian yang digunakan OBS Studio adalah perisian yang direka untuk menangkap, menyusun, mengekod, merakam, dan menstrim kandungan video, dengan cekap. Ia diedarkan di bawah Lesen Awam Am GNU v2 (atau mana-mana versi kemudian)
Para streamer dan gamers akan menggunakannya untuk membuat siaran langsung sama ada di Facebook, YouTube, Twitch dan sebagainya.
Adakah OBS Studio Percuma?
Berita baik buat semua orang, perisian ini adalah open source dan ianya sehingga ke hari ini masih lagi percuma dan bebas digunakan oleh sesiapa sahaja.
Apakah Sistem Pengoperasian (OS) yang menyokong OBS Studio?
Setakat ini, terdapat tiga OS yang menyokong perisian OBS Studio ini. Tiga OS tersebut ialah;
- Windows
- macOS
- Linux
Apakah kebaikan OBS Studio?
Terdapat banyak kebaikan perisian ini. Berikut kami simpulkan kepada beberapa isi penting;
- Percuma
- Mudah berintergrasi
- Sokongan 24/7
- Mudah untuk ditetapkan
- Kualiti video tinggi
- Kualiti suara tinggi
Ada banyak lagi kebaik-kebaikannya, namun cukuplah kami senaraikan ini sahaja dahulu untuk anda. Kerana semua yang tersenarai ini adalah fungsi teras untuk OBS Studio
Apakah keperluan asas untuk gunakan OBS?
OBS Studio memerlukan perkakasan dan sistem pengendalian berikut untuk berfungsi. Mempunyai sistem yang serasi tidak menjamin bahawa ia mampu menstrim atau merakam menggunakan OBS Studio.
Keperluan CPU berbeza-beza bergantung pada pengekod, resolusi, FPS dan kerumitan adegan anda yang dipilih. Cuba Tools menu
->
Auto Configuration Wizard
untuk mencari tetapan yang sesuai untuk perkakasan dan seting anda.
Windows
- DirectX 10.1 compatible GPU
- Windows 8.1, Windows 10, atau Windows 11
macOS
- Intel atau Apple Silicon CPU
- OpenGL 3.3-compatible GPU
- macOS “High Sierra” (10.13) or later
Linux/Unix
- OpenGL 3.3-compatible GPU
- X window system atau Wayland
Kesimpulan
Dengan ini kami sudah berkongsikan dengan anda tentang OBS. Selepas ini kami akan kongsikan pula cara-cara untuk anda strim LIVE di Facebook.