Tarikh 8 September adalah tarikh bersejarah buat peminat dan pengguna produk keluaran Apple. Kerana pada hari ini, Apple telah mengumumkan pelancaran produk-produk mereka. Termasuklah salah satu produk yang dinanti-nanti daripadanya iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max!

Chipset iPhone 14 Pro

iPhone 14 Pro kini hadir dengan chipset baharu iaitu A16 Biochip. Lebih berkuasa daripada chipset terdahulu. Malangnya chipset ini hanya akan datang dengan model iPhone 14 Pro sahaja dan tidak bagi model iPhone14 yang selainnya.

Saiz

Saiz telefon masih sama dengan iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max iaitu 6.1 inci untuk iPhone 14 Pro. Manakalah 6.7 inci untuk iPhone 14 Pro Max.

Pepulau Dinamik (Dynamic Island) dan Status Bar

Pilihan Warna

Untuk model kali ini Apple menampilkan 4 pilihan warna iaitu Deep Purple, Gold, Silver dan juga Space Black.

Kamera

Kamera turut mendapat naik taraf daripada 12Mp kepada 48Mp, akan tetapi ianya hanyalah untuk Kamera Utama (Main Camera) sahaja. Adapun untuk kamera lain seperti Ultra Wide Camera dan Telephoto Camera masih dikekalkan dengan 12Mp.

Paparan

Skrin iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max tampil dengan OLED Displays, teknologi LTPO, 1600 nits untuk kecerahan HDR dan 2000 nits untuk kecerahan diluar bangunan.

SOS Satelit

Ciri ini hanya tersedia untuk negara Amerika Syarikat dan Kanada sahaja. Untuk pengetahuan anda, ciri ini akan membantu membuat panggilan menggunakan satelit sekiranya anda terkandas/tersesat di dalam hutan.

Sepintas Lalu

Harga Iphone 14 Pro dan Iphone 14 Pro Max

Anda dapat lihat di bawah untuk senarai harga iPhone terkini

Jadual Spesifikasi

iPhone 14 Pro MaxIphone 14 ProiPhone 14 Plus
HargaRM5,799RM5,299RM4,699
PaparanPaparan Super Retina XDR
6.7″ OLED
Paparan Super Retina XDR
6.1″ OLED
Paparan Super Retina XDR
6.7″ OLED
Saiz & Berat160.7mm x 77.6mm
240g
147.5mm x 71.5mm
206g
160.8mm x 78.1mm
203g
ChipA16 BionicA16 BionicA15 Bionic
KameraPro camera system (48MP Main, 12MP Ultra Wide and 12MP Telephoto)Pro camera system (48MP Main, 12MP Ultra Wide and 12MP Telephoto)Dual 12MP camera system (Main and Ultra Wide)
Kamera HadapanTrueDepth front camera
12MP photos
TrueDepth front camera
12MP photos
TrueDepth front camera
12MP photos
Video4K video recording at 24 fps, 25 fps, 30 fps or 60 fps4K video recording at 24 fps, 25 fps, 30 fps or 60 fps4K video recording at 24 fps, 25 fps, 30 fps or 60 fps
Mudah Alih dan WiFi5G (sub-6 GHz) with 4×4 MIMO3
Wi‑Fi 6 (802.11ax) with MIMO
5G (sub-6 GHz) with 4×4 MIMO3
Wi‑Fi 6 (802.11ax) with MIMO
5G (sub-6 GHz) with 4×4 MIMO3
Wi‑Fi 6 (802.11ax) with MIMO

Tempahan

iPhone 14 Pro boleh dibuat pra-tempahan di Malaysia pada 16 September ini dan tersedia di pasaran pada 23 September ini.

Bagaimana? Adakah anda akan mendapatkan telefon ini pada kali ini? Pilihan di tangan anda.

Komen pendapat anda di bawah.

By Editor

Kami bergerak dalam satu pasukan cuba menyampaikan berita-berita terkini tentang teknologi. Kami turut menjalankan aktiviti menterjemah beberapa blog dan berita dalam bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu.

One thought on “IPhone 14 Pro dan IPhone 14 Pro Max Sudah Dilancarkan – Adakah ini yang ada mahukan”

Have any thought? Leave a Reply...

%d bloggers like this: