Panduan nak pilih artwork untuk portfolio yang gempak

panduan nak pilih artwork

Esok esok nak pergi interview tak prepare lagi portfolio? Aduwaii! Macam mana nak pilih artwork ni?

Sini kami kongsikan panduan untuk anda pilih artwork yang paling awesome berdasarkan kriteria-kriteria yang pada saya dapat bantu anda sebagai graphic designer untuk tackle hati orang.

Kenapa pemilihan artwork sangat penting

Kita kena tahu dulu sebab apa pemilihan artwork sangat penting. Kita taknak kita pilih artwork yang syok sendiri sahaja. Orang lain tengok takde rasa macam WOW sangat pun.

Artwork yang ada elemen yang memukau ni akan memberikan impak kepada reputasi anda sebagai grafik designer bahkan menarik apa-apa peluang untuk jana pendapatan.

Pengenalan kepada kriteria Ya-Tak Pasti-Tidak

Apabila kita nak pilih artwork kita, kita secara semulajadi akan menjadi bias terhadap hasil kerja kita. Itu adalah lumrah manusia biasa. Jadi bagi mengelakkan sifat bias ketika membuat pemilihan, maka kita perlu meletakkan beberapa kriteria dan syarat agar kita dapat berlaku adil sekalipun terhadap diri kita.

Sebab itulah apabila kita menjadi juri, kita akan dibekalkan dengan satu kertas kriteria yang wajib kita patuhi. Kriteria itulah yang akan dinilai dan menjadi kayu ukur sepenuhnya. Walaupun kita tidak dapat menolak sifat bias secara 100% sekalipun, kita masih dapat mengawal dengan meletakkan beberapa kriteria Ya-Tak Pasti-Tidak ini dalam pemilihan artwork nanti.

Kriteria pemilihan artwork

Tengok jadual kat bawah ini;

KriteriaImpak
Visual AppealAdakah artwork anda dapat banyak engagement dan banyak view?
Conceptual ClarityMesej dalam artwork awak tu sampai ke tak? Orang faham tak artwork anda?
Technical ProficiencyAdakah anda perlukan teknikal skill yang tinggi untuk hasilkannya? Senang tak nak buat artwork anda tu?
OriginalityOriginal approach? Fresh from the oven. Bukan anda inspired by other people artwork. Tak ciplak hasil kerja orang.
Relevance to Target AudienceCapai tak apa yang target audience anda nak.
Problem SolvingSelesaikan masalah siapa-siapa tak artwork anda tu? Objective artwork tu tercapai tak.
Composition and LayoutArtwork anda tu balance tak dari segi visualnya? Sedap tak mata memandang?
Use of ColorWarna tu balance tak? Adakah sakit mata bila memandang? Tepat tak pemilihan warna tu?
TypographyTypography tu sesuai tak dengan artwork awak? Orang boleh baca dengan baik tak?
BrandingKalau ada branding, matching tak dengan brand tu punya identiti?
ImpactAda bagi kesan tak design tu pada orang? Kalau orang tengok je artwork awak tu orang akan teringat-ingat je dekat artwork tu.
VersatalityKalau tukar ke medium lain atau context lain akan hilang tak impak artwork tu?
TimelessnessLama mana boleh bertahan artwork tu? Tahun depan ke, lagi dua tahun ke, 10 tahun ke rasa-rasa kualiti dia masih bertahan ke?
Personal satisfactionRasa puas hati tak? Rasa bangga tak?

Penilaian

Sekarang anda boleh gunakan kriteria di atas untuk menilai hasil artwork anda yang telah lalu. Tak guna semua pun tak apa. Guna semua pun takpa. There’s nothing to lose. Hehe.

Tengok satu-satu hasil kerja anda, minta tolong rakan-rakan anda atau orang yang terdekat dengan anda. Kebiasaannya orang-orang ini lebih jujur daripada nak menjaga hati anda.

Apabila sudah selesai membuat penilaian, maka anda jumlahkan, kriteria yang paling mendapat banyak YA, daripada TIDAK dan TAK PASTI akan dipilih sebagai bahan portfolio anda.

Mudah bukan?

Penutup

Berpandukan kepada apa yang saya kongsikan kat atas ni, dapatlah saya tegaskan kembali bahawa artwork yang baik akan berikan first impression yang gempak. Orang dah tak sabar nak hire anda. Tinggal nak borak-borak je.

Gunakan 14 kriteria yang ada di atas itu untuk bantu anda pilih hasil artwork anda yang lama-lama untuk disusun ke dalam portfolio anda. Tak tahu macam mana nak susun boleh baca tip kami sebelum ni.


Anda mungkin berminat

    Ismet Fitri

    Ismet Fitri

    Seorang Digital Marketer, Website Designer, Graphic Designer, dan Video Editor yang mempunyai 5 tahun pengalaman dalam bidang pemasaran digital. Berkeupayaan untuk membangun laman web berunsur e-dagang, blog dan korporat. Founder of cikgungaji.com dan peminat teknologi.

    2 thoughts on “Panduan nak pilih artwork untuk portfolio yang gempak”

    1. Pingback: Cara Prepare Portfolio Graphic Design Yang Mantap | Ismet Fitri

    2. Pingback: Tools Yang Graphic Designer Perlukan | Ismet Fitri

    Have any thought? Leave a Reply...

    %d bloggers like this: