Search
Close this search box.

Tools Yang Graphic Designer Perlukan

Tools Yang Graphic Designer Perlukan

Bercakap pasal design ni, kita kena tahu apakah tools yang graphic designer perlukan dalam kerja sehari-harian dia. Tools untuk buat design ni banyak sebenarnya ye, bukan satu dua je. Bila dah ada tools, maka benda seterusnya yang diperlukan adalah resources.

Jom baca apa tools dan resources yang seorang graphic designer perlukan.

Design Software

Kita sedia maklum, ada satu company yang sangat famous menyediakan software untuk buat design, iaitulah company Adobe.

Adobe Photoshop

Antara software yang paling famous dan sudah melalui beberapa siri updates. Kegunaan software ini adalah untuk buat edit, composite, dan create beautiful images, graphics, dan juga art on desktop.

Adobe Illustrator

Software seterusnya yang famous jugak untuk buat beautiful vector art dan illustrations on desktop. Normally orang buat logo dan marketing material untuk printing.

Adobe InDesign

Software ni kegunaannya adalah untuk design dan publish elegant layouts for print and digital. Normally orang guna untuk buat buku, article, surat khabar dan sebagainya yang related dengan printing.

Selain software dari syarikat Adobe ni, terdapat juga software lain yang tidak kurang famousnya.

Affinity Designer

Pesaing rapat Photoshop dan Illustrator ialah software ini. Yang lagi power adalah software ini mampu handle fail Photoshop dan jugak fail Illustrator. Tugasnya sama, boleh buat vector art dan illustration dengan extended features dan create graphic yang cantik.

CorelDRAW

Okay software ini pulak adalah sebuah vector graphics editor yang dibangunkan dan dipasarkan oleh Alludo. Software ini pun boleh tahan dahsyat jugak features dia. Cuma dia dah kurang famous. Tapi fans dia masih ramai dan masih menyokong software ini. Dia boleh buat vector illustration, layout, photo editing, dan last sekali typography projects.

Procreate

Software ini tidak tersedia untuk pc based tau. Software ini adalah sebuah aplikasi raster graphics editor untuk lukisan digital yang dibangunkan dan diterbitkan oleh sebuah syarikat Australia bernama Savage Interactive. Kalau anda seorang artist digital painting, saya sangat-sangat menyarankan anda membeli apps ini di App Store.

Corel Vector

Dibangunkan oleh CorelDRAW jugak. Ia merupakan web-based graphic design app. Tak boleh diakses secara mobile. Software ini pun boleh menghasilkan vector based art.

Canva

Antara yang paling famous setakat hari ini jugak ialah Canva. Canva ni adalah graphic design tools yang free untuk digunakan dan turut menyediakan fungsi yang berbayar dengan features tambahan. Sama seperti mana-mana software dia atas, ia boleh digunakan untuk buat social media posts, presentations, posters, videos, logos dan macam-macam lagi lah.

Kami pernah tulis tentang Canva sebelum ini

Online Design Resource

Alat untuk buat design ni selain daripada apa yang kami senaraikan kat atas ni banyak je lagi. Cuma antara famous dengan tak famous je. Pun begitu, graphic design ini tidak terhenti hanya semata-mata kepada alat, malah ia mempunyai resources jugak.

Anda boleh klik sahaja list di bawah untuk melihat kandungan di website mereka

Apa tujuan sebenarnya website-website ni? Mudah je. Dia nak himpunkan sebanyak mungkin designdesign yang orang dah buat untuk dijadikan sebagai rujukan. Orang akan tengok-tengok dulu design apa nak buat, apa konsep yang nak dipakai, nak dapatkan idea, lepas tu nak compare dengan customer punya requirements lagi dan macam-macam lagi lah.

Bila dah ramai orang yang visit website ni, maka mereka akan menawarkan servis berbayar pula untuk memuat turun kandungan di dalam website itu yang mempunyai kualiti yang tinggi.

Website stock photos

Kegunaan dia adalah untuk kumpulkan segala stok photo untuk kegunaan para graphic designer atau video editor kat luar sana. Kat bawah ni antara senarai website stock photos yang famous.

Penjana warna-warna palet

Ini untuk bantu graphic designer untuk maintain color harmony dalam design yang mereka buat. Jadi tak adalah tersasar dan tak seimbang pemilihan warna nanti. Dan website ini gunakan teknologi A.I untuk jana warna palet tu. Kat bawah ni antara yang kami cadangkan;

Typography

Antara element penting dalam design jugak adalah typography. Maka terdapat banyak giler website yang mengumpulkan jenis jenis typeface yang cantik-cantik samada secara percuma mahupun berbayar. Anda cuma perlu download, lepas tu install, lepas tu bukak software design anda dan boleh terus gunakan.

Kesimpulan

Sebagai seorang graphic designer, especially yang baru nak bermula tu, anda kena tahu anda berada di level berapa. Saya ada tulis di sini sebelum ini. Seterusnya anda kena kenal pasti apakah design software yang paling sesuai untuk siapkan kerja anda itu agar Conceptual Clarity boleh deliver.

Bila dah ada semua ini, maka anda mungkin memerlukan beberapa idea untuk inspire diri anda hasilkan design dalam bentuk anda sendiri, maka anda memerlukan online resource website pula sebagai rujukan.

Apabila semua ini sudah ada, anda tinggal nak pilih apakah jenis typeface yang anda nak pakai untuk hasilkan artwork anda tu.

Kami berharap agar posting kali ini dapat membantu anda menghasilkan artwork dengan lebih pantas dan mudah. Semuanya dihujung jari sahaja.


Anda mungkin berminat

Ismet Fitri

Ismet Fitri

Seorang Digital Marketer, Website Designer, Graphic Designer, dan Video Editor yang mempunyai 5 tahun pengalaman dalam bidang pemasaran digital. Berkeupayaan untuk membangun laman web berunsur e-dagang, blog dan korporat. Founder of cikgungaji.com dan peminat teknologi.

1 thought on “Tools Yang Graphic Designer Perlukan”

Have any thought? Leave a Reply...

Popular Post
Trending
Site Visitor
  • Today's visitors: 1
  • Today's page views: : 1
  • Total page views: 12,701