Search
Close this search box.

Apa itu marketing? Definisi, Jenis dan Objektif-objektifnya.

Apa itu Marketing Definisi, Jenis dan Objektif

Selalu kita dengar apabila kita nak menjalankan sesebuah perniagaan, kita mestilah mempunyai marketing yang kuat. Kalau tiada marketing maka sesuatu perniagaan itu tak akan boleh bertahan lama. Marketing adalah nadi dan tulang belakang sesebuah syarikat dan perniagaan. Kali ini kami ingin mengupas berkenaan Marketing ini untuk anda.

Apakah Definisi Marketing

Sebenarnya setakat sekarang tidak ada satu definisi yang tepat yang boleh meliputi makna marketing itu sendiri. Akan tetapi kita boleh rumuskan kepada makna berikut.

Marketing merupakan Bahasa Inggeris dan apabila diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu menjadi Pemasaran. Pemasaran ataupun Marketing ini merupakan apa-apa tindakan yang dilakukan kepada audience sasaran agar mereka berminat dengan produk yang dijual. Kesannya ialah apakah tindakan yang akan dibuat oleh audience sasaran kita apabila kita menjalankan pemasaran – membaca, membeli, mengabaikan dan sebagainya.

Untuk membezakan antara marketing dan branding, kami akan menulis satu hantaran yang lain pula untuk menceritakan berkenaan penjenamaan.

Apakah Empat P dalam Marketing

Dalam tahun 1960-an dahulu, seorang professor marketing bernama E Jerome McCarthy datang dengan idea 4 P dalam marketing: Product, Price, Place, Promotion. Pada dasarnya setiap P yang ada ini menerangkan bagaimana marketing berinteraksi dengan setiap tingkatan perniagaan.

Product

Katakanlah anda mempunyai satu idea untuk menjual satu produk ini. Jadi apa tindakan selanjutnya? Anda tak akan berjaya kalau anda terus jual macam tu sahaja kan?

Akan tetapi, anda memerlukan satu pasukan marketing untuk membuat kajian di pasaran dan menjawab beberapa soalan kritikal. Siapa audience sasaran kita? Adakah mereka sesuai dengan produk ini? Apa mesej yang nak disampaikan untuk meningkatkan jualan? Platform apa nak digunakan? Adakah produk anda perlu pengubahsuaian dari segi pembungkusan atau rekaan grafik?

Seorang marketer perlukan jawapan kepada soalan-soalan ini untuk membantu perniagaannya memahami apakah permintaan untuk produk dan meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan.

Price

Kita tidak boleh terus menetapkan harga tanpa kita mengkaji dahulu harga produk pesaing sihat kita. Kita kena kaji dahulu berapa yang sanggup bakal pelanggan kita bayar untuk dapatkan produk atau servis kita.

Harga yang sangat tinggi akan menyebabkan anda kehilangan pelanggan bahkan tidak ada pelanggan langsung jika pertama kali produk dilancarkan. Harga yang terlalu rendah pula akan menatijahkan kerugian anda untuk menanggung kos penghasilan produk tersebut.

Untungnya kini, seorang marketer dah boleh akses semua ini secara atas talian untuk mengkaji behaviour bakal pelanggan mereka untuk menawarkan julat harga yang lebih baik.

Place

Lokasi adalah penting untuk anda mengoptimumkan kehadiran bakal pelanggan ke kedai anda. Boleh jadi secara fizikal ataupun secara digital. Anda yang tentukan sendiri di manakah lokasi yang paling ideal, sesuai dan selesa untuk menggandakan pelanggan anda bahkan memudahkan bakal pelanggan untuk mencari anda.

Promotion

Boleh dikatakan promosi ialah tindakan yang dibuat untuk buat orang peka akan keberadaan perniagaan anda, meningkatkan jualan dan juga populariti anda. Ini termasuklah seperti pemberian diskaun dan juga kupon. Namun itu kita akan bincangkan di hantaran yang lain.

Jenis-jenis marketing

Dimana anda hendak menjalankan marketing sebenarnya bergantung sepenuhnya dengan tempat bakal pelanggan anda banyak menghabiskan masa mereka. Terserah juga kepada anda untuk mengkaji pasaran untuk menentukan apakah jenis marketing, alatan yang terbaik untukdigunakan bagi membangunkan jenama anda. Di sini kami kongsikan beberapa jenis marketing yang masih relevan pada hari ini.

Marketing Internet

Apabila disebut internet maka kita sudah boleh membayangkan pemasaran secara atas talian dan syarikat pertama yang mempunyai kempen marketing secara atas talian ialah Bristol-Myers Squibb untuk mempromosikan produk Excedrin mereka. Idea untuk mewujudkan entiti perniagaan anda di dalam internet merupakan salah satu jenis marketing.

Search Engine Optimization (SEO)

Amnya, proses mengoptimumkan laman web anda agar ia muncul di halaman pertama apabila carian dibuat di pelayar internet merupakan aktiviti SEO. Ia digunakan oleh para marketer di luar sana untuk meyakinkan pelanggan dan menjimatkan masa mereka apabila mencari sesuatu di internet.

Marketing Blog

Kini blog tidak lagi hanya ekslusif kepada seorang penulis individu. Kini Jenama-Jenama besar diluar sana pun turut sama menulis blog bertujuan untuk menceritakan tentang industri mereka dan memupuk minat bakal pelanggan yang melayari internet untuk mendapatkan maklumat.

Marketing Media Sosial

Ini tidak lari dengan menggunakan Facebook, Instagram, LinkedIn, TikTok, Twitter dan sebagainya untuk menjana perhatian audience dari masa ke masa.

Marketing Cetakan

Dengan percetakan seperti posters, flyers, pamphlets, banners dan buntings seterusnya diedarkan di mana-mana lokasi tumpuan manusia bakal memberikan kesedaran kepada orang akan keberadaan produk dan servis anda. Sama seperti mana surat khabar dan majalah.

Marketing Carian Enjin

Search Engine Marketing ialah apabila anda membayar enjin pencari umpama Google untuk meletakkan pautan laman web anda di halaman utama apabila pengguna membuat carian internet. Sekiranya kata kunci yang dimasukkan serasi dengan produk atau servis anda, maka laman web anda akan muncul di skrin. Berbeza dengan SEO kerana SEO datang dari carian organik dan tidak melibatkan apa-apa bayaran kepada mana-mana pihak.

Marketing Video

Apabila raya hampir tiba, kita dapat melihat banyak iklan-iklan berasaskan video dimainkan di peti televisyen rumah kita. Sebenarnya di dalam iklan itu terdapat mesej yang hendak disampaikan yang bukan sekadar menghiburkan penonton bahkan mendidik mereka sekaligus tentang produk dan servis anda.

Objektif-objektif marketing

Pelan marketing anda tidak akan berjaya sekiranya anda tidak tahu apa yang anda ingin capaikan. Oleh itu, kami kongsikan kepada anda 10 contoh objektif marketing:

  1. Meningkatkan kesedaran jenama dalam kalangan audience sasaran
  2. Meningkatkan saham pasaran
  3. Pelancaran produk baharu
  4. Membaiki return of investment (ROI)
  5. Memperkenalkan syarikat anda kepada pasaran baharu antarabangsa dan tempatan
  6. Menggandakan keuntungan
  7. Mengoptimumkan corong conversion
  8. Menghasilkan leads yang baharu
  9. Mendapatkan kesetiaan pelanggan
  10. Meningkatkan jualan

Sekiranya kita gali dan kaji dengan lebih mendalam, terdapat banyak lagi objektif yang kita boleh capai apabila menjalankan aktiviti marketing ini. Akan tetapi kami kira 10 contoh ini sudah memadai untuk anda jadikan panduan.

Apa yang kami dapat tawarkan kepada anda

Setelah anda memahami akan asas-asas marketing seperti yang kami kongsikan di atas, kami menawarkan servis digital marketing seperti pembinaan laman web dan juga servis menjalankan iklan Facebook/Instagram.

Harga yang kami tawarkan adalah sangat mampu milik terutamanya buat mereka yang baru sahaja melancarkan produk baharu dan masih baru dalam pasaran.

Jangan segan-segan untuk hubungi kami untuk mendapatkan servis yang berbaloi.

Sumber:

Cyberclick. (2022, June 21). What is marketing? definition, benefits, and strategies. Cyberclick. Retrieved August 8, 2022, from https://www.cyberclick.net/marketing

Forsey, C. (2022, January 24). What is marketing, and what’s its purpose? HubSpot Blog. Retrieved August 8, 2022, from https://blog.hubspot.com/marketing/what-is-marketing

 Hardy, J., Onukogu, G., Stoller, L., adewale, A. S., Ward, G., Holmes, S., & Ashley. (2021, September 1). The history of Marketing: From Trade to Tech. History Cooperative. Retrieved August 8, 2022, from https://historycooperative.org/the-evolution-of-marketing-from-trade-to-tech/

Editor

Editor

Kami bergerak dalam satu pasukan cuba menyampaikan berita-berita terkini tentang teknologi. Kami turut menjalankan aktiviti menterjemah beberapa blog dan berita dalam bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu.

2 thoughts on “Apa itu marketing? Definisi, Jenis dan Objektif-objektifnya.”

  1. Pingback: Ini 3 tips jaga suara dari qari lagenda - Cikgu Ngaji

  2. Pingback: Kenapa kena buat FB Ads | Ismet Fitri

Have any thought? Leave a Reply...

Popular Post
Trending
Site Visitor
  • Today's visitors: 1
  • Today's page views: : 1
  • Total page views: 12,701