Search
Close this search box.

Ulasan iPhone 14 Pro

ulasan iphone 14 pro

Dengan kemunculan iPhone 14 Pro yang baharu, mereka telah menambah beberapa ciri baharu seperti paparan sentiasa hidup (always-on display), kamera 48MP dan paparan antara muka pengguna yang baharu. Dalam ulasan kali ini kami akan mengongsikan ulasan ringkas kami terhadap iPhone 14 Pro 2022.

Luar sama, dalam berbeza

Gambar : Apple Insider

Kalau tengok dari segi rekaan luarannya, kita memang tak dapat nak bezakan yang iPhone 14 Pro ini merupakan telefon pintar yang baharu. Hal ini kerana, Apple tidak membuat apa-apa ubah suai yang besar terhadap rekaan telefon pintarnya. Rekaannya sama sahaja seperti rekaan iPhone 13 Pro yang mana datang dari rekaan iPhone 12 Pro yang dahulu.

Warna

warna-warna iphone 14 pro
Gambar : Apple

Bezanya untuk keluaran kali ini yang paling ketara adalah pilihan warna yang Apple tawarkan. Warna-warna itu ialah Space Black, Gold, Silver dan Deep Purple.

Saiz

Antara perubahan lain yang terlihat yang agak minimal ialah saiznya iaitulah 5.81 inci tinggi dan 2.81 inci lebar. Perbezaannya hanyalah pada kadar 0.31 inci sahaja.

Berat

Dari segi berat, telefon ini ada sedikit penambahan berat dari model lepas iaitu 7.27 auns. Walaubagaimana sekalipun, perubahaan ini bukannya besar dan kebanyakan orang tidak akan perasan pun.

Always-on display

Gambar : Apple

Paparan model kali ini dapat bezakan sedikit dengan model yang lalu menerusi ciri paparan sentiasa hidup (always-on display).

Ini bermakna, apabila iPhone ini tidak digunakan, paparannya akan menjadi malap daripada menjadi gelap. Telefon ini hanyakan menjadi gelap paparannya jika anda mematikannya.

Skrin

Skrin yang digunakan masih 6.1 inci OLED-based Super Retina XDR. Resolusi skrin adalah sedikit tinggi dari model sebelumnya iaitu pada kadar 2,556 x 1,179 pixels. Pun begitu, ketumpatan pixel masih dikekalkan pada kadar 460 pixels per inci.

Dari takuk kepada lubang

Kalau kita lihat model iPhone X hingga lah ke iPhone 13 Pro, setiap model ini hadir dengan takuk di bahagian atas tengah skrin. Dapat dilihat dari gambar di atas paparan skrin takuk.

Sebelum ini kami ada menyiarkan mengenai desas-desus iPhone 14. Boleh baca di sini

Rupa-rupanya desas desus ini ada betulnya juga. Paparan skrin iPhone 14 benar-benar tampil dengan bentuk lubang pil (pill-and-hole). Bagi kami ciri ini ada sedikit keganjilan atau kecacatan pada paparan skrin iPhone kerana skrin akan kelihatan berlubang gelap di tengah-tengah.

Walau bagaimana sekalipun, dalam kecacatan adanya kebaikan yang mana Apple telah menambah sebuah ciri pelengkap untuk skrin berlubang ini bernama Dynamic Island. Pada dasarnya lubang ini berbentuk seperti oval, namun ciri Dynamic Island memboleh ia mengembang untuk menghasilkan pop-up kecil yang mengandungi pelbagai ciri menarik.

Antaranya kunci skrin, air drop, bluetooth, notifikasi, pemain music, kecerdasan buatan SIRI, dan lain-lain. Ya! ciri Dynamic Island ini menunjukkan bahawa Apple berjaya memintas pesaing mereka.

Perubahan Cip Pemprosesan

Dari dalam, iPhone 14 Pro telah mengubah kepada cip A16 Bionic. Dan cip ini hana untuk model iPhone 14 Pro sahaja. Bagi iPhone 14 dan iPhone 14 Plus, mereka masih mengekalkan cip A15 Bionic yang lama. Desas-desus mengatakan bahawa selepas ini untuk model pro sahaja Apple akan hadirkan dengan cip pemprosesan yang baharu. Yang itu kita boleh sama-sama nantikan.

Megapixels tambahan

Untuk orang yang fotogenik, ciri-ciri kamera ini adalah untuk anda. Sebabnya ialah iPhone 14 Pro akan beralih dari menggunakan sensor kamera 12MP.

Kamera luas (Wide) yang kini dikenali sebagai (Main) memiliki sensor sebesar 48MP dan ini adalah 4x lebih besar daripada sebelumnya. Manakala untuk dua set kamera yang lain iaitu Telephoto dan Ultra Wide pula masih mengekalkan 12MP sensor kamera.

Jika ada kecemasan

Gambar : Apple

Namanya juga iPhone, maka peranti ini pada hakikatnya ialah sebuah teknologi komunikasi juga. Agak pelik jika Apple tidak mengutamakan ciri ini kan?

Kini, iPhone 14 Pro tampil dengan Emergency SOS via Satellite. Sekiranya anda sedang mengembara ke Kanada atau selatan Amerika, kemudian anda ada masalah dengan liputan selular anda, anda boleh minta bantuan dengan Iphone anda. Berita buruknya ialah, ciri ini tersedia untuk rantau Kanada dan Amerika sahaja.

Patutkah anda beli iPhone 14 Pro ini?

Kami senaraikan secara ringkas pros dan cons untuk iPhone 14 Pro ini untuk anda.

ProCons
Always-On DisplayRekaan luaran masih sama
Cip A16 Binoc2 Sensor 12MP dengan 1 sensor 48MP
Kamera 48MPKabel lightning
Dynamic Island
Jangka hayat bateri lebih lama
Pengesan kemalangan
Panggilan kecemasan satelit SOS

Penilaian

Bagi kami, kami sedikit kecewa dengan model iPhone 14 Pro ini. Dalam banyak perkara baharu yang Apple berikan, yang betul-betul baharu hanyalah Dynamic Island sahaja. Oleh itu kami berikan 3/5 bintang sahaja.

Macam mana nak beli iPhone 14 Pro?

Kini laman web Apple sudah membuka untuk pra-tempah model terbaharu mereka. Maka anda boleh terus ke laman web Apple dan membuat tempahan anda di sana.

Nasihat kami, elakkan berhutang. Biar papa asal bergaya sudah tidak relevan lagi dalam keadaan ekonomi kita yang tidak menentu. Belilah sekiranya anda mampu dan kekallah gunakan peranti yang sama sekiranya ciri-ciri asas sudah memenuhi keperluan kita untuk berkomunikasi.

Sumber :

Wuerthele, M. (2022, September 19). IPhone 14 pro review: The best power & camera to cost balance. AppleInsider. Retrieved September 20, 2022, from https://appleinsider.com/articles/22/09/17/iphone-14-pro-review-the-best-power-camera-to-cost-balance

Gallagher, W. (2022, September 8). IPhone 14 pro dynamic island shows Apple Out-thinking rivals again. AppleInsider. Retrieved September 20, 2022, from https://appleinsider.com/articles/22/09/08/iphone-14-pro-dynamic-island-shows-apple-out-thinking-rivals-again


Baca Juga :

Editor

Editor

Kami bergerak dalam satu pasukan cuba menyampaikan berita-berita terkini tentang teknologi. Kami turut menjalankan aktiviti menterjemah beberapa blog dan berita dalam bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu.

2 thoughts on “Ulasan iPhone 14 Pro”

Have any thought? Leave a Reply...

Popular Post
Trending
Site Visitor
  • Today's visitors: 1
  • Today's page views: : 1
  • Total page views: 12,701