Kepada pengguna iPhone diluar sana, anda mungkin pernah dengar tentang focus mode kan? Sekiranya anda sudahpun mengetahui berkenaan fungsi ini, anda mungkin belum tahu cara-cara menggunakannya dan cara mengaktifkannya.
Dalam penulisan kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda cara-cara mengaktifkan fungsi FOCUS MODE.
Apa itu focus mode?
Secara ringkasnya, focus mode ialah satu ciri yang dibina oleh Apple yang berfungsi sebagai JANGAN GANGGU. Akan tetapi, Apple telah menambahbaik ciri ini agar boleh disesuaikan dengan profil penggunanya. Kini anda boleh memilih untuk menerima notifikasi daripada siapa dan aplikasi apa. Bahkan anda boleh menetapkan penerimaan notifikasi mengikut mod fokus yang anda tentukan sendiri.
Bagaimana cara untuk menetapkan fungsi focus mode?
Jom ikuti langkah-langkah di bawah untuk menetapkan fungsi focus mode.
- Buka Tetapan
- Pilih Focus
- Pilih Mod
- Pilih Next
- Pilih Add untuk tambah orang
- Pilih Remove All untuk buang semua orang
- Pilih Call From
- Pilih Terima Panggilan dari
- Pilih Allow
Huraian:
- Butang ini akan membenarkan anda untuk memilih menerima notifikasi daripada siapa
- Butang ini akan membuang semua orang yang anda pilih di (1)
- Butang ini akan membenarkan anda untuk memilih siapa yang boleh membuat panggilan kepada anda
- Butang ini akan menetapkan semua yang anda pilih di langkah-langkah di atas
- Pilih Add untuk tambah aplikasi
- Pilih Remove All untuk buang semua aplikasi
- Pilih Allow
- Pilih Done
Huraian:
- Butang ini akan membenarkan anda untuk memilih menerima notifikasi daripada aplikasi
- Butang ini akan membuang semua aplikasi yang anda pilih di (1)
- Butang ini akan menetapkan semua yang anda pilih di langkah-langkah di atas
- Butang ini menandakan proses penetapan sudah lengkap
Selesai! Kini anda sudah menetapkan focus mode anda. Diingatkan juga bahawa anda boleh menggunakan langkah yang sama seperti di atas untuk mod-mod fokus yang lain.
Bagaimana cara untuk aktifkan fungsi focus mode?
Sebelum mengaktifkan fungsi ini, anda mungkin ingin menetapkan Home Page anda terlebih dahulu. Dengan ini anda boleh memilih halaman mana yang anda boleh lihat apabila focus mode diaktifkan nanti.
- Pilih Home Screen
- Pilih Custom Pages
- Pilih Page
- Pilih Done
Cara pertama
Untuk mengaktifkan fungsi ini dari dalam aplikasi Tetapan, maka anda cuma perlu hidupkannya dengan menekan butang yang berada di atas kanan.
Cara kedua
- Leretkan dari bucu kanan atas
- Pilih Focus
- Pilih Mod
- Leret ke atas
- Anda akan dapati ikon focus mode sudah muncul di bucu atas sebelah kiri
Dengan ini, anda sudahpun mengetahui cara-cara menetapkan focus mode seterusnya mengaktifkan ciri tersebut.
Fungsi ini sangat bagus sekiranya anda ingin fokus ketika melakukan apa-apa perkejaan. Contohnya, anda sedang di pejabat, di dalam mesyuarat, sedang memandu atau menunggang motosikal dan untuk umat Islam ketika anda sedang solat juga boleh menggunakan ciri ini.