Bila sebut tentang rekaan grafik ataupun graphic design mesti semua orang dah tahu apakah bendanya, kan? Rekaan grafik ini adalah satu seni yang mana para profesional mencipta bahan-bahan visual untuk menyampaikan mesej-mesej tertentu.
Caranya ialah dengan menggabungkan beberapa elemen multimedia umpama, teks, gambar, dan lakaran menjadi sebuah rekaan yang jelas dengan mesej yang hendak disampaikan. Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan seperti teknik typography, manipulasi gambar, tekapan, dan sebagainya.
Bagaimanakah cara nak tentukan harga design anda
Biasanya kalau anda adalah baru pertama kali nak buat servis rekaan grafik ni, benda pertama yang akan muncul sudah semestinya,
Eh? berapa ringgit ya aku nak caj dekat dia?
Betul tak? Dah mula kepala jadi pening, fikiran jadi serabut, dah mula hilang keyakinan diri. Portfolio dah mantap pun tapi masih dilema nak caj bakal pelanggan. Pernah rasa? Kalau pernah, jom kali ini kami kongsikan cara-cara nak tentukan harga untuk design anda.
Level Market Anda
Pertama, anda kena kenal pasti dahulu dimanakah aras anda dalam pasaran design ini. Pada pengamatan kami, kami bahagikan kepada tiga paras.
Aras tinggi (High-Level)
Untuk pereka grafik aras tinggi ini, biasanya mereka dah duduk lama dalam dunia design ini. Sekurang-kurangnya 10 tahun dan ke atas. Untuk orang yang mempunyai level setinggi ini, anda tak perlu risau lagi dah berapa yang anda nak caj.
Sebab letaklah harga RM1000 pun untuk satu-satu design itu, orang tidak akan kisah pun untuk membayar anda. Sebab? Yelah, dah 10 tahun lebih pengalaman kan? Mesti expectation mereka akan tinggi. Cuma letak tinggi-tinggi pun biarlah logik dengan design yang dibuat.
Aras Pertengahan (Medium-Level)
Bagi pereka grafik yang beraras sederhana ini, biasanya berada dalam industri ini paling kurang 5 ke 7 tahun (pendapat peribadi kami). Untuk orang seperti anda, maka anda boleh sahaja menawarkan pilihan buat bakal pelanggan anda.
Berikan cadangan harga untuk mereka dan apakah tawaran yang mereka akan dapat dengan caj yang anda kenakan itu. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu bakal pelanggan anda untuk menjadi lebih rasional untuk mengupah anda sebagai pereka grafik mereka.
Aras Rendah/Junior (Junior-Level)
Apabila anda masih lagi baru dalam bidang ini, lepasan baru universiti, tidak pernah ada portfolio, tidak ada jaringan, baru nak mencuba-cuba, baru tahu guna satu perisian rekaan. Maka anda berada pada aras junior.
Anda boleh mulakan dengan cara menawarkan servis mengikut bajet bakal pelanggan anda. Umpamanya:
Berapa bajet yang abang ada sekarang? Jom kita bincang
Cuba amalkan cara ini beberapa kali sehinggalah anda berjaya menghasilkan satu portfolio yang lengkap dan menarik. Barulah anda naik ke aras seterusnya.
Teliti harga design di pasaran
Sekarang ni dah terlampau banyak laman web yang menyediakan servis-servis gig. Anda boleh pergi laman web mereka dan tengok, berapakah harga paling minimum yang ditawarkan oleh pereka grafik di sana. Bukan itu sahaja, anda boleh sertai mana-mana kumpulan di Facebook juga.
Selepas itu anda letakkan satu tanda aras untuk servis yang anda tawarkan. Kalau anda high-level designer maka letakkan caj yang lebih tinggi. Kalau anda medium-level designer maka letakkan caj yang sedikit tinggi. Seterusnya jika anda junior-leve designer maka letak lah harga yang kurang daripada tanda aras yang anda dah tetapkan tadi.
Analisis profil bakal pelanggan
Sebelum anda memberi tawaran kepada bakal pelanggan anda. Sekurang-kurangnya anda study dulu profil bakal pelanggan anda itu. Adakah individu bebas, pemilik business, pemilik syarikat besar, syarikat besar, orang berpengaruh, rakyat marhaen biasa dan sebagainya.
Apabila anda sudah mengenal pasti profil mereka, barulah anda tak rasa ralat nak kena caj yang bagaimana kepada mereka, betul tak?
Apakah kesannya jika anda salah menetapkan harga?
Anda dah buat sehabis baik design dekat mereka, betul? Anda dah luangkan banyak masa pada mereka, betul? Tapi pernah anda terfikir apakah kesannya kalau harga yang anda kenakan tu tidak berbaloi dengan apa yang anda dah laburkan?
Nilai pasaran anda akan jatuh
Anda punya design lebih baik daripada pesaing anda, lebih kemas, lebih cantik, lebih teratur. Tapi harga anda berbeza rm100 kurang dengan pesaing anda yang buat design biasa-biasa sahaja.
Sudah semestinya nilai pasaran anda akan jatuh.
Kalah dengan pesaing anda
Katakan ada satu syarikat tengah membuat tinjauan untuk mengupah seorang pereka grafik. Setelah disenarai pendek, terdapat nama anda dan pesaing anda.
Pesaing anda buat design itu biasanya ciplak idea orang lain sahaja dan mereka mengolahnya menjadi lebih baik. Dalam masa tak sampai 5 minit mereka dah berjaya memberikan sebut harga kepada bakal pelanggan mereka.
Sedangkan anda? Tidak tahu nak pakai template apa, atau nak buat sendiri ke tidak, atau nak inovasi rekaan sedia ada, dan macam-macam lagi lah. Maka anda sudah terikat dalam dilema. Nak fikir template, masa, harga dan sebagainya dah terkandas dekat situ. Kesannya, pesaing anda dapat satu pelanggan, anda pula perlu mencari bakal pelanggan yang baharu.
Dicop sebagai designer mahal
Apabila portfolio anda tidak meyakinkan, bekas pelanggan anda pun daripada kalangan orang biasa. Sudah semestinya orang akan melabel anda sebagai designer mahal.
Design dia ni biasa-biasa je, aku pun boleh buat. Tapi dia caj aku tinggi kot!
Hilang pelanggan
Tak dinafikan, benda ini bergantung kepada demand pelanggan juga. Ada yang sanggup bayar tinggi ada yang tidak. Ada yang nak cepat, ada yang cerewet dan sebagainya.
Tapi seandainya harga yang anda tawarkan itu terlampau tinggi, sehingga melampau-lampau. Maka boleh jadi pelanggan anda itu hanya akan mengupah anda sekali sahaja untuk projek tertentu dan mengupah pereka grafik yang lain pula untuk projek-projek yang lain.
Tidak dapat bakal pelanggan
Kalau dalam kes tadi, anda kehilangan pelanggan. Untuk kes kali ini, anda terus tidak dapat bakal pelanggan. Harga yang tidak masuk akal akan menyebabkan orang mencari pereka grafik yang lain yang menawarkan servis yang lebih murah.
Apa perlu saya buat untuk jadi seorang pereka grafik yang profesional?
Bina portfolio
Hukumnya dalam design adalah WAJIB untuk bina portfolio ya sahabat-sahabat. Membina portfolio ni tidaklah sukar. Anda cuma perlu variasikan jenis rekaan yang anda lakukan. Kemudian bahagikan mengikut tema-tema tertentu seperti minimalist, modern, simplistic, infrographic, techno, dan sebagainya.
Himpun kerja-kerja anda dalam satu folder atau letakkan di sosial media anda dan buat album yang berbeza bagi kerja yang berbeza.
Dari sini orang boleh mengenal pasti bahawa anda ini bukan pereka grafik yang kaleng-kaleng. Semua design boleh buat!
Buat latihan banyak-banyak
Nak buat portfolio banyak-banyak, semestinya perlukan latihan yang banyak. Jangan limitkan had anda hanya kepada satu jenis cabang sahaja. Kalau pandai buat banner asyik buat banner sahaja. Lepastu kalau pandai buat logo asyik buat logo je.
Explore lagi apa yang anda belum cuba buat. tengok apakah trend terkini dalam design. Bak kata orang putih, “practice makes perfect” kan?
Cipta jenama
Seperti yang kami kongsikan di atas, apabila portfolio anda sudah kemas dan kuat. Bina jenama anda sendiri.
Macam-macam cara kita boleh buat untuk bina jenama ni sebenarnya. Antaranya gunakan platform percuma media sosial.
TikTok umpanya, hasilkan content yang menarik di sana. Sebagai seorang pereka grafik, anda mesti kena kreatif dalam penghasilan content agar jenama anda mudah diingati.
Buat kolaborasi
Anda nak maju? Anda nak berjaya? Anda nak gapai satu tahap yang tinggi? Tak ada jalan lain dah yang anda boleh gunakan. Jalan itu tak lain dan tak bukan sudah semestinya anda perlu berkolaborasi dengan pereka grafik yang lain ataupun mana-mana entiti yang lain.
Dapatkan juga kolabori dengan mana-mana organisasi yang menganjurkan apa-apa events. Dengan ini anda dapat membaiki diri anda dan juga mutu rekaan grafik anda.
Masuk kelas
Masuk kelas ini, ada yang percuma dan ada yang berbayar. Walau macam mana sekalipun, kata kunci dia ialah TAMBAH ILMU BAHARU. Jangan bergantung kepada diri sendiri sepenuhnya. Jangan sombong dan ego. Laburkan sedikit duit untuk tambah ilmu, antaranya SIFOODOTCOM.
Masuk kelas mereka, ambil ilmu daripada mereka. Seterusnya asah bakat anda dengan lebih mendalam lagi.
Apa yang kami dapat tawarkan kepada anda?
Setelah anda memahami cara-cara menetapkan harga design seperti yang kami kongsikan di atas, kami menawarkan servis digital marketing seperti pembinaan laman web, rekaan grafik dan juga servis menjalankan iklan Facebook/Instagram.
Harga yang kami tawarkan adalah sangat mampu milik terutamanya buat mereka yang baru sahaja melancarkan produk baharu dan masih baru dalam pasaran.
Jangan segan-segan untuk hubungi kami untuk mendapatkan servis yang berbaloi.
Cuba reply apa yang anda dapat daripada penulisan kali ini. Adakah anda lebih yakin? Adakah anda dapat sesuatu yang selama ini anda cari?
Ingat, malu bertanya sesat jalan. Banyakkan bertanya, banyakkan membaca dan banyakkan membuat carian. In Shaa Allah persoalan anda akan terjawab.
Pingback: Tools Yang Graphic Designer Perlukan | Ismet Fitri
Pingback: Cara Prepare Portfolio Graphic Design Yang Mantap | Ismet Fitri