Cara-cara Menghidupkan Ciri “low Power Mode” Pada Apple Watch Anda

Cara-cara menghidupkan ciri “Low Power Mode” pada Apple Watch anda

Antara kritikan terbesar berkenaan Apple Watch semenjak dari awal-awal pelancarannya ialah jangka hayat baterinya. Dalam artikel ini kami akan mengongsikan cara-cara untuk menggunakan ciri “Low Power Mode” yang dapat menambah jangka hayat bateri Apple Watch anda.

Ini adalah sedikit latar belakang berkenaan Low Power Mode, peranti-peranti yang menyokongnya dengan watchOS 9, dan cara-cara menghidupkannya. Sedikit tambahan ialah ciri-ciri yang tidak akan berfungsi ketika Low Power Mode dihidupkan – untuk memaksimumkan jangka hayat bateri anda.

Apa yang dilakukan oleh Low Power Mode pada watchOS

Low Power Mode di Apple Watch berfungsi sepertimana di iPhone juga. Ciri ini mematikan ciri-ciri di latar belakang buat sementara yang tidak berapa penting pada ketika itu.

Ciri-ciri yang ketara yang akan dimatikan apabila anda mendayakan Low Power Mode ini ialah:

  • Paparan sentiasa hidup (Always-On Display)
  • Pengesanan senaman automatik (Auto workout detection)
  • Kadar degupan jantung latar belakang dan pengukuran kadar oksigen darah (background heart rate and blood oxygen measurements)
  • Degupan jantung dan pemberitahuan irama yang tidak teratur (heart rate and irregular rhythm notifications)
  • Mengehadkan sambungan Wi-Fi (limiting WiFi connections)
  • Pemberitahuan masuk akan tertangguh (incoming notifications will be delayed)

Komplikasi jam akan kurang kerap dikemaskini, untuk membuat panggilan telefon akan mengambil masa yang lebih panjang, sesetengah animasi dan penatalan akan kelihatan kurang lancar, dan Siri pula akan mengambil masa yang lebih lama untuk memproses permintaan anda.

Dengan menyah-dayakan ciri-ciri yang kami senaraikan di atas, maka ciri Low Power Mode ini dapat memanjangkan jangka hayat bateri Apple Watch anda sehingga 36 jam lamanya bermula dari caj yang penuh.

READ ALSO  Marketing? Jenis dan Objektif-objektifnya.

Ciri Low Power Mode ini tersedia buat Apple Watch siri 4 dan terkemudian, dan semua model ini cuma perlu dikuasakan oleh WatchOS 9.

Bagaimana cara untuk menghidupkan ciri Low Power Mode

Gambar: Apple Insider

Berikut adalah langkah-langkah untuk menghidupkan ciri ini:

  1. Leret ke atas pada Apple Watch anda untuk mengakses Control Centre
  2. Tekan pada peratusan bateri (Battery Percentage)
  3. Tatal ke bawah di bawah maklumat peratusan bateri sehingga anda melihat kekunci togel “Low Power Mode
  4. Tekan pada kekunci untuk menghidupkan Low Power Mode
  5. Sebuah mesej akan muncul menyatakan apakah ciri-ciri yang akan dinyah-dayakan buat sementara untuk mendapatkan bateri yang lebih tahan lama. Tatal ke bawah dan tekan “Turn On
  6. Anda boleh juga memilih untuk menghidupkan Low Power Mode ini untuk berapa lama. Anda boleh memilih 1 hari, 2 hari, atau 3 hari.

Bagaimana cara untuk mematikan ciri Low Power Mode

Anda boleh mematikan ciri ini pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menunggu sehingga ia tamat sendiri. Untuk mematikannya, anda cuma perlu mengulangi langkah-langkah di atas dan menekan kekunci sepertimana anda menghidupkannya sebelum ini.

Ciri Low Power Mode ini sebenarnya memaksa bateri Apple Watch untuk bertahan dengan lebih lama lagi dengan cara mematikan beberapa ciri di latar belakang yang tidak diperlukan pada ketika itu. Walaupun begitu, Apple masih mengekalkan ciri-ciri untuk keselamatan. Antaranya ialah Pengesanan Jatuh (Fall Detection).

Semua orang yang mempunyai peranti yang serasi boleh memuat turun watchOS 9 sekarang secara percuma untuk mengakses Low Power Mode.

Sumber :

Pangaro, N. (2022, October 5). How to use low power mode on Apple Watch. AppleInsider. Retrieved October 6, 2022, from https://appleinsider.com/inside/watchos-9/tips/how-to-use-low-power-mode-on-apple-watch

READ ALSO  Kenapa anda kena buat Tiktok Ads

Baca Juga :

Show 3 Comments

3 Comments

  1. ALC Ukay Perdana

    Menarik gak brita ni

  2. Puteri

    Ketara ke ksn dya klu aktifkan low power mode ni?

    • Kalau ikut pengalaman kami memang ketara la kesan dia. Battery sangat jimat dan tahan lama. Apa-apa pun cubalah dahulu. Nanti kongsi dengan kami pengalaman anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *