Cara nak tengok battery health iPhone

Cara nak tengok battery health iPhone

Sebagai pengguna iPhone, kita semua mesti dah biasa dengar pasal iPhone punya battery health kan? Hari ni aku nak share pasal battery health ni dekat korang.

Sedia maklum, setiap apa yang Apple buat mesti ada sebab dia. Dia bukan saja-saja syok sendiri rasa nak buat, dia pi buat camtu je. Battery Health ni diperkenalkan dalam iOS 11.3 dan kemudian. Ia bertindak memberi maklumat kepada pengguna tentang status kesihatan terkini bateri iPhone mereka.

Ia menunjukkan kapasiti maksimum bateri berbanding ketika bateri tersebut baru. Kapasiti bateri diukur dalam bentuk peratusan (%), dan semakin bateri tu berusia, kapasitinya semakin berkurang secara semulajadi. Sebagai contoh, iPhone baru mungkin mempunyai kapasiti maksimum 100%, manakala iPhone yang lebih lama mungkin mempunyai kapasiti maksimum, katakanlah, 85%. Ini menandakan bahawa bateri hanya mampu menampung 85% dari cas yang boleh disimpan ketika ia baru.

Ciri kesihatan bateri juga memeriksa keupayaan peranti kita untuk memberikan prestasi maksimum. Jika bateri telah mengalami kemerosotan yang ketara dan tidak dapat membekalkan kuasa yang mencukupi untuk menyokong prestasi puncak, maka iPhone mungkin akan mengalami penutupan secara tiba-tiba, dan prestasinya mungkin dikurangkan untuk mengelakkan sebarang masalah.

Jika penunjuk kesihatan bateri menunjukkan penurunan yang ketara dalam kapasiti atau kemampuan prestasi puncak yang lemah, ia akan memberikan cadangan kepada kita untuk menggantikan bateri. Ini membantu pengguna memahami bahawa bateri mereka tidak berfungsi dengan optimum dan mungkin perlu digantikan untuk mengembalikan prestasi asal peranti.

READ ALSO  iOS 16 Mengeluarkan Sokongan daripada iPhone 6s, iPhone 7, iPhone SE Asal dan Banyak Lagi

Berdasarkan keadaan semasa bateri, penunjuk tersebut juga mungkin memberikan anggaran berapa lama lagi bateri dijangka dapat bertahan sebelum memerlukan penggantian.

Memantau kesihatan bateri ni penting ye kawan-kawan, sebab bateri yang mengalami kemerosotan ni boleh menyebabkan jangka hayat bateri menjadi lebih pendek, prestasi peranti menjadi lebih perlahan, dan penutupan (shut down) secara tiba-tiba. Dengan menyedari kesihatan bateri, pengguna boleh decide sama ada nak menggantikan bateri untuk mengekalkan prestasi peranti yang optimum atau terus menggunakan peranti dengan jangka hayat bateri yang berkurangan tu.

Refer kepada gambar di bawah;

  1. Buka Settings
  2. Scroll sehingga jumpa bateri dan tekan
  3. Tekan Battery Health & Charging
  4. Battery Health akan dipaparkan di bahagian atas

Kalau refer dekat website Apple, atau 9to5Mac, jika kesihatan bateri telah mengalami kemerosotan yang ketara, mesej di bawah akan muncul:

Your battery’s health is significantly degraded. An Apple Authorized Service Provider can replace the battery to restore full performance and capacity. More about service options…

Mesej ini takdelah menunjukkan masalah keselamatan. Bateri anda masih boleh je digunakan. Walau bagaimanapun, anda mungkin mengalami masalah bateri dan prestasi yang lebih ketara. Bateri baru akan meningkatkan prestasi peranti anda.

Bila dah keluar je mesej tu, anda boleh terus ke AAR terdekat untuk proses penukaran bateri baharu.

PILIH AAR YANG TERDEKAT DENGAN ANDA: Tekan Sini…

Selepas itu anda boleh membuat janji temu dengan technician mereka. Ada cuma perlu ikut sahaja apa yang telah dirancang untuk anda.

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *