cara prepare portfolio graphic design

Cara Prepare Portfolio Graphic Design Yang Mantap

Ramai orang nak jadi graphic designer tapi terlepas pandang akan kepentingan portfolio. Rata-rata lebih kepada malas nak buat portfolio. Yelah, benda nak kena korek balik projek yang lama-lama, lepas tu nak susun pulak cantik-cantik, confirm makan masa punya.

Tapi benda ni lah yang nak tunjuk dekat bakal majikan anda dan bakal pelanggan anda skills, kreativiti, dan jugak kepakaran anda. Jom kami kongsikan cara-cara untuk menyediakan sebuah portfolio graphic design yang mantap.

Nak buat portfolio, anda kena la tentukan dahulu siapa orang sasaran anda. Maksudnya anda kena tahu anda nak target siapa lah senang cerita. Tengok company dia, tengok business dia dan tengok style dia macam mana. Lepas tu boleh study pulak pelanggan dia macam mana dan siapa. Dah dapat ini, study pulak competitor dia macam mana. Dapatkan feel and look dia in depth.

Dari situ baru anda tahu bakal majikan dan pelanggan anda tu nak apa sebenarnya. Baru lah anda boleh siap projek dengan jayanya. Tak gitu?

Okay, anda dah dapat tentukan siapa orang sasaran anda, maka sekarang anda sudah boleh memilih hasil kerja terbaik anda. Anda sudah boleh korek balik hasil kerja anda satu per satu.

Susun ikut style style yang anda dah pernah buat. Contohnya hasil kerja yang mempunyai style modern dalam satu file, hasil kerja yang mempunyai style tradisional dalam satu file. Pastikan anda pilih yang terbaik daripada semua hasil kerja anda itu.

  • Graphic Design
    • Project 1
    • Project 2
    • Project 3
  • Illustration
    • Project 1
    • Project 2
  • Photography
    • Project 1
    • Project 2
    • Project 3
  • Video Project
    • Project 1
    • Project 2
  • Website Design
    • Project 1
READ ALSO  11 Gabungan Fon Google terbaik untuk anda cuba dalam reka bentuk grafik

Kalau nak susun dalam folder boleh try macam yang dekat atas ni. Nama project 1, 2 dan 3 tu anda letak la nama project sebenar anda. Yang pakai photoshop pulak dalam satu fail, pakai Illustrator dalam satu fail berasingan, dan mana-mana lagi platform suntingan pun sama. Kata kuncinya hasil kerja terbaik!

Terdapat banyak medium yang anda boleh jadikan sebagai tempat untuk anda pamerkan hasil-hasil kerja design anda sebelum ini. Tidak semestinya anda perlu print semua hasil kerja ada itu. #selamatkanpokok. Print dah la mahal, lepas tu takkan setiap kali nak pergi interview kita nak kena reprint berwarna? Mahal tu.

Saya personally lebih suka menggunakan medium website sebagai tempat saya meletakkan portfolio saya. Saya boleh susun ikut page yang tertentu bahkan boleh letak CTA lagi di bawah. Mana la tahu ada orang tengah duk godek-godek website saya tetiba berminat nak contact saya kan?

Adapun platform lain anda boleh jadikan page facebook, twitter, instagram dan tiktok juga. Kalau saya, saya faham atas keterbatasan saya untuk handle semua platform yang ada ni, saya pakai Google Drive dan website sahaja. Untuk lebih fast approach bila orang google, boleh terus pakai Google Site. Tapi anda kena faham, setiap platform ini mempunyai objective yang berbeza kepada penggunanya. Maka anda boleh tunggang je apa-apa isu terkini sambil selitkan portfolio anda di situ.

Natijahnya nanti, apabila anda hadir untuk interview ataupun mencari pelanggan baharu, anda boleh terus kongsikan medium-medium ini kepada mereka untuk mereka nilai.

Google Rating

Testimoni ni sebenarnya orang boleh tipu, tapi kalau ada lagi bagus. Letak testimoni ni semestinya tujuannya adalah untuk mengukuhkan portfolio anda. Ia dapat memberi impak kepada orang lain.

READ ALSO  Cara nak tengok battery health iPhone

Kalau anda baca The Human’s Complex, manusia ini cenderung untuk membuat pilihan berdasarkan pemilihan sekelompok. Sekiranya banyak testimoni (rating) yang baik diberikan kepada anda, maka kita tidak akan ragu-ragu untuk membuat keputusan yang sama sekalipun hasil kerja anda biasa-biasa sahaja.

Untuk menghasilkan sebuah design yang berkualiti memang memerlukan kos. Kos masa untuk belajar, sketching, designing, editing, selecting. Tak lupa juga kos untuk software, kos membeli komputer dan sebagainya lagi.

Dengan adanya sebuah portfolio graphic design yang mantap ni, anda dapat cover balik kos-kos yang anda tanggung di atas ini apabila mencari pelanggan baharu. Anda cuma tinggal nak tepek je portfolio ini di khalayak ramai dan tunggu sahaja umpan anda dimakan.

Ingat ni! Kenal dulu siapa audience anda, kemudian susun portfolio anda dalam medium yang sesuai kemudian kutip testimoni daripada bekas pelanggan anda. Dengan ini anda sudahpun menghasilkan sebuah portfolio yang mantap.

Jom baca ni: Panduan nak pilih artwork untuk portfolio yang gempak


Show 7 Comments

7 Comments

  1. Amal23

    Klu mcm saya yg students ni mcm ye bang?Ssh la nk cri cust kn..byk project2 kelas je

    • Wah.. menarik soalan awak Amal! Saya mungkin akan tulis dalam blog yang lain jawapan yang lebih detail. Tapi long story short. Setiap subject mesti akan ada kena prepare slide kan. Awak boleh je buat design (poster ke, cover page ke, infographic ke) based on topic2 yang awak kena present dalam kelas tu dan susun cantik-cantik dalam folder hasil kerja awak. Saya buat camtu la dulu :). Hehe. Give it a try and let me know later.

    • Sebenarnya semua profesion memerlukan portfolio. Cuma beza medium sahaja. Tradisinya portfolio itu adalah resume/cv kita tu lah. As time goes by, more and more professions are being created, which means we have an increasing number of ways to display our portfolio. Sebab itu saya galakkan Aqilah untuk buat je portfolio bermula dari sekarang. Jangan tunggu nanti nak cari kerja baru nak buat.

  2. Fitri4390

    time degree dlu sy mmg xambl port lgsg psl portflio bagai ni..skrg dah keje mmg msk la klu nk g iv tkde bwk portfolio…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *