Untuk mereka yang baru pertama kali nak belajar buat laman web. Anda mungkin tertanya-tanya apakah yang anda perlu sediakan sebelum anda mula membina laman web anda. Betul kan?
Pada penulisan kali ini, saya nak menceritakan serba sedikit dua perkara asas, sebelum anda mula membangunkan website anda. Sudah pastinya saya mencadangkan anda untuk menggunakan WordPress.
Apa itu domain?
Secara mudahnya, domain ialah pautan laman web. Sekiranya anda bertanya saya, “Ismet, apakah pautan laman web anda?”. Maka saya pastikan menjawab, “ismetfitri.com“. Maka alamat laman web saya inilah yang dipanggil domain.
Apa fungsi domain?
Secara ringkasnya, domain ialah alamat yang membenarkan pelawat untuk mencari laman anda secara atas talian.
Apa itu hosting?
Bahasa mudah bagi hosting ialah tempat simpanan segala fail-fail laman web anda.
Analoginya, untuk menjadikan sebuah rumah itu “hidup” maka anda perlulah mempunyai perabot, kipas, lampu, pintu, dapur, bilik dan sebagainya.
Begitulah juga dengan hosting ini, untuk menghidupkan laman web kita, segala “perkakasan” ataupun fail-fail untuk membina laman web kita itu akan disimpan di dalam rumah (baca : hosting) ini.
Untuk memastikan laman web anda berfungsi maka anda amat memerlukan kedua-duanya iaitulah domain dan hosting.
Terdapat pelbagai jenis domain dan hosting di pasaran sana akan tetapi cukuplah dahulu saya sertakan maklumat yang ada ini untuk memberikan gambaran awal berkenaan domain dan juga hosting.
Nantikan posting berikutnya tentang cara-cara nak mendapatkan hosting dan domain yang murah untuk membina laman web anda!
Pingback: Langkah-langkah buat website sendiri | Ismet Fitri