Apple perlu gunakan kabel USB-C

iPhone mesti gunakan kabel USB-C menjelang 2024, Undang-Undang Kesatuan Eropah(EU)

Kesatuan Eropah menghendaki agar semua peranti iPhone dan peranti elektronik umpama tablet disertakan dengan kabel USB-C selewat-lewatnya pada penghujung tahun 20224 nanti.

Rancangan yang sudah lama diperdebatkan untuk menguatkuasakan standard pengecas kepada semua pengeluar telefon pintar, tablet, kamera dan peranti-peratni lain kini sudah menjadi sebuah undang-undang di Eropah. Usul ini dibawa ke dalam parlimen EU pada 4 Oktober 2022 dengan keputusan 602 bersetuju, 13 menentang dan 8 berkecuali.

Bagaimana undang-undang ini terpakai?

Kabel USB-C

EU memberitahu bahawa undang-undang baharu ini terpakai untuk semua peranti baharu yang terdiri daripada kategori seperti di bawah:

  • Telefon
  • Tablet
  • Kamera Digital
  • Fon Kepala
  • Konsol Permainan Video
  • Pembesar suara mudah alih
  • E-readers
  • Papan kekunci
  • Tetikus
  • Sistem navigasi mudah alih
  • Fon telinga
  • Komputer riba

Dengan itu, semua kategori peranti di atas memerlukan USB-C port pengecasan.

Sumber:

Gallagher, W. (2022, October 4). IPhone must use USB-C by 2024, says EU law. AppleInsider. Retrieved October 5, 2022, from https://appleinsider.com/articles/22/10/04/iphone-must-use-usb-c-by-2024-says-eu-law


Baca Juga :

READ ALSO  Apakah iCloud dan Untuk Apa Anda Boleh Menggunakannya?
Show 3 Comments

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *