Sebelum ni abang ada share dengan adik-adik semua panduan nak ambil kos apa di universiti kan? Jom abang sambung lagi cerita kalau sambung di UIA nanti macam mana lah agaknya kan.
Sejarah penubuhan UIA
Abang tahu, waktu UIA ditubuhkan adik-adik tak lahir pun lagi kan. hehe. Jangan risau, sebab abang pun tak lahir lagi time tu. hahaha.
Cadangan penubuhan IIUM telah dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Keempat pada 12hb Januari 1982. IIUM ditubuhkan secara rasmi pada 20hb Mei 1983 oleh kerajaan Malaysia.
Orientasi! NO! Ta’aruf Week
Di UIA, kami tak sebut orientasi pun. Kami sebut ta’aruf week! Yang mana dasarnya adalah minggu orientasi lah.
Pelajar diajar macam mana nak daftar subjek, macam mana nak susun jadual, kepada siapa nak buat aduan, bila boleh keluar dan masuk UIA dan macam-macam lagi pasal UIA. So takdelah terpinga-pinga nak cari mana kelas, bila nak naik bas apa semua nanti.
Ujian Bahasa
UIA adalah satu-satunya universiti yang ada buat test bahasa sebelum melanjut pelajaran di kampus nanti. Sejak dari zaman abang, zaman sebelum abang dan jugak sampai sekarang, ujian ini masih ada tau.
Ujian tersebut ialah ujian bahasa Inggeris dan juga ujian bahasa Arab. Haa sudah! Aku ni SPM arab pun tak ambil, apehal nak kena ambil test arab pulak dah ni.
Sabar-sabar!
Di UIA terdapat satu slogan tertulis “English Speaking Campus”. Pelajar-pelajar yang akan mengikuti program di mana bahasa pengantarnya adalah Bahasa Inggeris perlu mencapai tahap minima kecekapan bahasa Inggeris untuk melayakkan beliau memasuki tahun pertama pengajian. Jelas?
Bahasa Arab tu macam mana pulak? Okay macam ni. Semua pelajar yang ditawarkan tempat pengajian ke UIAM diwajibkan menduduki Ujian Penempatan Bahasa Arab (Arabic Placement Test) yang dianjurkan oleh Universiti ini. Pelajar-pelajar yang akan mengikuti program di mana bahasa pengantarnya adalah Bahasa Arab perlu mencapai tahap minima kecekapan bahasa Arab untuk melayakkan beliau memasuki tahun pertama pengajian. Sekiranya pelajar berkenaan tidak mencapai tahap minima kecekapan bahasa Arab yang telah ditetapkan, mereka dikehendaki mengikuti program Pra-Sessi (Pre-Sessional), iaitu kursus intensif Bahasa Arab, yang dianjurkan oleh pihak Universiti sekurang-kurangnya satu semester.
Kalau tak lulus tak boleh sambung UIA ke?
Lepas sahaja ujian Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab ini, kalau tak lulus, dia cuma akan prep kita kelas untuk satu semester sahaja. “Tapi bang, kalau Bahasa Inggeris tu okay la bang, ni Arab ni ape hal pulak?”
Takde masalah apa-apa pun, adik-adik cuma perlu hafal sikit-sikit je perkataan dalam bahasa Arab tu. Ustaz/ah ajar susun ayat sikit, cakap selamat pagi apa semua, lepas tu selesai lah. Best kan kalau kita baca Quran, ehhh ni perkataan ustaz ajar semalam ni. Kan ada added value sikit tu.
At the end, semua pelajar masih boleh sambung ke tahun pertama sarjana muda.
Bi’ah solehah
Dah nama pun UIA, sesuai lah dengan falsafah penubuhan dia. Ada lagi beberapa subjek yang kita kena belajar dan mesti kena lulus. Ini salah satu bi’ah solehah yang kita akan dapat bila belajar dekat sini.
Study circle yang also known as usrah dekat luar sana, kita akan sembang la topik-topik meluas pasal Islam kat luar tu. Kelas Fardhu Ain pulak kita akan diajar hal seperti ibadah, akhlak dan perlu hafal beberapa surah pendek. Seterusnya kelas Tilawah yang fokus kepada tajwid.
Jangan risau untuk belajar ilmu ini, sebab semua ni added value yang abang tak rasa universiti lain ada sediakan macam ini. Kalau ada tu, abang minta maaf lah ye.
Asasi
Zaman abang dulu pelajar paling lama ambil asasi selama dua tahun, paling cepat satu tahun, dan yang sedang sedang ialah satu tahun setengah. Kita akan ambil kos bahasa Inggeris, bahasa Arab, Study Circle, Fardhu Ain, Tilawah, dan kos-kos berkaitan dengan sarjana apa yang kita akan ambil di kampus utama nanti.
Kampus
UIA ni besar ye adik-adik, sangat besar. Ada tiga kampus utama UIA di semenanjung Malaysia dan satu kampus asasi.
Asasi – Centre for Foundation Studies
Kampus Pusat Asasi UIAM Gambang pula terletak di Gambang, Pahang betul-betul di sebelah lebuhraya LPT.
Kampus Gombak
Kampus Gombak yang terletak berhampiran Kuala Lumpur menempatkan pusat pentadbiran utama Universiti dan juga Kulliyyah (fakulti) Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Ekonomi dan Sains Pengurusan, Ilmu Wahyu Islam dan Sains Kemanusiaan, Seni Bina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kejuruteraan, dan Pendidikan.
Kampus Kuantan
Kampus Kuantan terletak di tengah-tengah lembah yang dikelilingi hutan tebal menempatkan fakulti Sains, Sains Perubatan, Farmasi, Sains Kesihatan Bersekutu, Kejururawatan dan Pergigian.
Kampus Pagoh
Kampus Pagoh terletak di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh yang menempatkan kulliyyah Bahasa dan Pelancongan.
Penginapan
Salah satu sebab yang best belajar di UIA ni adalah kerana, pelajar tempatan dah tak payah nak susah-susah menyewa di luar UIA lagi dah. Sebabnya, di dalam UIA sudah disediakan penginapan yang kita panggil “mahallah”.
Setiap mahallah akan diasingkan-antara lelaki dan perempuan, bahkan dijarak-jarakkan bagi memelihara keharmonian dan menjaga privasi para pelajar. Bukan tu je, ada cafe yang best-best yang menyediakan makanan yang best seluruh dunia tau. Lebih-lebih lagi makanan yang datang dari timur tengah.
Journey pengajian di UIAM
Setiap pelajar akan menjalani rutin harian yang lebih kurang sama sahaja. Setiap pelajar akan bermula di Pusat Asasi UIAM Gambang dan biasanya di sini para pelajar sudah mula serasi antara satu sama lain. Dah start ada geng orang kata. Sempadan negeri dah tak menjadi penghalang lagi dah biasanya.
Selesai sahaja di Pusat Asasi UIAM Gambang, para pelajar akan ditempatkan mengikut lokasi Kulliyyah masing-masing seperti yang kami sebutkan di atas. Dan biasanya tidak ada pelajar yang akan terpisah dengan kawannya di CFS tu. Sebab kos sama kan.
Semua pelajar akan belajar seperti biasa subjek dalam kos masing-masing. Yang seronoknya, pelajar juga boleh diberi pilihan untuk join kelas-kelas tambahan yang lain, join kelab dan persatuan, join kokurikulum dan menikmati fasiliti yang disediakan untuk semua. Aktiviti kemasyarakatan tidak lekang dari budaya UIA, maka ini turut mencoret pengalaman buat adik-adik semua turun berkhidmat kepada masyarakat sekalipun berstatus pelajar.
Pejam celik pejam celik, eh dah cukup 4 tahun di UIA? Sudah semestinya majlis terbesar dan terpenting buat semua pelajar iaitulah Majlis Konvokasi UIAM. Biasanya majlis ini akan makan masa 3 ke 4 hari untuk selesai, kerana ribuan graduan-graduan UIA seluruh Malaysia akan turun ke kampus Gombak.
Deraian tangisan terharu, seronok, gembira dan tak kurang juga sedih akan menghiasi wajah-wajah mereka di majlis ini. Segala susah payah jerih kehidupan yang dirasai selama tak kurang 4 tahun ini terbalas dengan segulung ijazah yang sangat bernilai.
Nanti abang kongsikan pula view-view menarik yang ada di UIA Gombak, Pahang dan Pagoh. In shaa Allah.
Sy pn dulu mcm 2 la jgk brother. Igtkn kena bljr Arab tu sampai blh ckp Arab, rupa2 setakat reti greeting cmtu2 je..
Balik kampung terus kena cop Ustaz tau! HAHAHA. Tak kena tolak jadi Imam tak sah
Mula2 dlu xnk lh masuk UIA sbb nak kena bljr arab la ape bagai..tgk2 sekarang dah grad dah pun HAHA
Penat oo duk hafal huwa huma hum, hiya huma hunna tu. Syukur dah grad, hehehe
Kitorang rasa dlm byk2 UIA, yg plg legend UIA PJ yg kt seksyen 17 tu. Pergh! Senang nak fly p midvalley tgk movie XDD
Pergh! Ni memang legend! Macam biasa buat je tu paklah? hahaha. Ni mesti mahallah ABC ni
Nak tanya belajar dalam bahasa apa ya? Bahasa melayu ke Inggeris ke Arab?
First language ialah English. Second language ialah Bahasa Melayu. Bahasa Arab pulak khas untuk orang yang ambik kos keagamaan sahaja. Kalau kos biasa ambik subjek bahasa arab tu, ustaz or ustazah akan ajar dalam English jugak.