kenapa anda kena buat fb ads

Kenapa kena buat FB Ads

Anda kena tahu sebab apa anda kena buat FB Ads untuk tingkatkan pendapatan business anda.

Pada era digital ni, boleh dikatakan semua business dah berubah ke arah pengiklanan online. Sebab ia merupakan alat yang sangat powerful untuk dapatkan target audience anda yang sebenar. Salah satu alat yang popular sekarang ni Facebook Ads lah. Dengan lebih 2.989 bilion pengguna pada April 2023 (Kemp. S, 2023), maka platform ini dapat menyediakan satu peluang yang unik untuk para pemilik business menjalankan pengiklanan online.

FB Ads adalah sebuah pengiklanan berbayar yang dipaparkan di platform Facebook, Messenger dan Instagram. Iklan-iklan ini akan muncul di news feed atau mana-mana bahagian di dalam platform yang disebutkan di atas. Mereka menawarkan beberapa format pengiklanan untuk memenuhi pelbagai objektif pemasaran.

Source: DataReportal

Seperti yang kami maklumkan, dengan lebih 2 bilion pengguna aktif Facebook, maka pemilik business boleh menjadi FB Ads sebagai satu wadah menarik pelanggan baharu.

Hal ini kerana, Facebook sudahpun mengklasifikasikan pengguna mereka ke dalam kelas-kelas mereka mengikut demografi, minat dan tingkah laku mereka. Dengan ini, Facebook akan menyasarkan orang yang lebih tepat kepada anda.

Anda tidak lagi perlu buat content yang gempak-gempak atau bodoh hanya semata-mata nak tarik pengguna singgah ke Facebook Page anda. Cukup sekadar set-kan kelas-kelas yang anda nak dan Facebook akan terus gerakkan iklan anda ke segenap pelosok pengguna Facebook yang berpotensi untuk menjadi pelanggan anda.

READ ALSO  Marketing? Jenis dan Objektif-objektifnya.

Kalau dulu-dulu punya style, orang akan buat iklan berbayar di TV, Radio, Billboard, Surat Khabar, Majalah, flyers dan sebagainya. Tidak dinafikan bahawa pengguna, penonton, pendengar dan pembaca semua platform ini memang ramai. Akan tetapi tidak semua orang itu ada potensi untuk menjadi pelanggan anda.

Maka banyak kos yang akan dilaburkan tanpa kepastian. Haha. Rugi pun rugi lah.

Namun, dengan FB Ads, anda tidak perlu risau lagi, sebab anda tidak akan melaburkan duit yang banyak. Target audience anda sudah dikelaskan dengan baik dan berstruktur. Oleh itu akan ada lebih banyak pulangan kepada anda.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh set-kan bajet limit untuk setiap kempen iklan anda. Kalau dulu, sekali keluar 5 ke 6 ribu dan burn macam tu sahaja. Tapi kali ini, dengan bajet 5 ke 6 ribu tu dah sangat berbaloi dah, silap-silap bila dah jackpot boleh convert jadi 50 ke 60 ribu pulangan tau?

Apabila anda jalankan FB Ads ni, anda dapat ukur dan membuat analisis terhadap performance iklan anda itu tau? Anda tahu hari ini berapa orang nampak iklan anda, berapa yang stop dan baca, berapa orang klik, berapa orang beli, siapa beli, berapa umur orang yang nampak, dan macam macam metrik yang disediakan.

Paparan dashboard dari Meta Ads

Dengan ini, anda mudah untuk plan jadual iklan FB Ads anda pada masa hadapan. Kerana, anda dapat jangkakan masa yang sesuai untuk buat iklan. Bukan tu je, anda jugak dapat plan untuk bagi offer apa dan iklan yang macam mana yang anda nak keluarkan lepas ni.

Kan senang tu?

READ ALSO  Iklan Facebook/Instagram berbanding Google Ads — Manakah yang sesuai untuk perniagaan anda?

Apabila kita gunakan FB Ads ni, kita juga dapat tingkatkan brand awareness dan juga engagement. Kita tidak lagi perlu menempel di posting page yang mendapat banyak like, komen dan perkongsian. Haha.

Hal ini kerana dalam tetapan FB Ads kita boleh set-kan objektif iklan kita untuk tingkatkan brand awareness dan juga engagement posting kita di page. Anda juga boleh buat testing untuk naik kan bajet harian ataupun turunkan bajet untuk tengok bagaimana prestasi content anda tu.

Macam yang kami cakap sebelum ni, Facebook dah pun mengelaskan penggunanya mengikut kolam-kolam mereka. Ada yang suka like, ada yang suka komen, ada yang suka tengok video, ada yang suka membeli online, ada yang suka isi form, ada yang suka pergi kedai fizikal dan macam macam lagi lah.

Semua behaviour ni Facebook dah lama simpan dalam database mereka. Jadi behaviour ini lah yang kita akan target bila kita nak run iklan. Bila kita run iklan, kita akan set-kan objektif “Leads“, maka Facebook dah tahu dah nak tembak iklan kita ni dekat sape. Dan kebiasaannya orang tu mempunyai potensi membeli hampir 90% ke atas.

Sekiranya orang tu dah pernah membeli hasil dari iklan kita yang sebelum ini, kita boleh re-target untuk tembak iklan baharu hanya kepada mereka pulak nanti. Senang lah kita nak upsale balik dengan mereka semua ini. Kita dah boleh track iklan 1 dan iklan 2, berapa ramai yang dah pun beli dari kita dan ulang membeli dengan kita. Tak ke bagus tu?

Hari ini, untuk nak bagi nampak business kita menyerlah ataupun nak bagi orang ingat dan kenal kita ni adalah satu perkara yang penting. Tengok la Dato’ Aliff Syukri dan Dato’ Sri Vida tu. Sanggup la buat benda pelik-pelik sebab nak bagi kekal relevan.

READ ALSO  Cara-cara menetapkan harga design anda | Tips Untuk Pereka Grafik

Dengan FB Ads ni, kita boleh track dari seawal-awal planning iklan sampailah kita close iklan tu. Dengan ini kita tak perlu nak bazir masa buat marketing pelik-pelik sebab nak tarik orang ramai-ramai ke page kita. Contohnya kita jual sparepart motosikal, takkan lah kita nak suruh pakcik makcik umur 60 ke atas like atau beli dari page kita? Bazir masa! Bazir tenaga! Bazir duit!

Cukuplah kita set iklan kita kepada target audience kita, lepas tu from time-to-time kita monitor iklan kita tu dan hasilkan iklan yang lebih berkualiti dan bermakna pada masa hadapan. So kita boleh offer tawaran yang lebih menarik dari pesaing kita.

Dashboard Meta Ads Manager

FB Ads adalah sebuah alat digital marketing yang boleh membantu anda menjana pendapatan berganda. Disertai dengan ciri behaviour pengguna Facebook yang berbilion itu, maka alat ini akan memudahkan anda untuk target audience yang lebih tepat dan menghasilkan iklan yang lebih berkesan.

Sekiranya ada mempunyai business, seterusnya merancang untuk menjalankan pengiklanan di platform Facebook dan Instagram, namun anda tidak mempunyai kemahiran atau staf yang boleh menjalankannya? Jangan risau!

Sebab kami menawarkan servis menjalankan iklan di page Facebook dan Instagram anda pada kadar yang murah dan mampu milik. Berikut apa yang kami boleh tawarkan kepada anda;

Pakej BasicPakej MediumPakej Gold
KadarRM150 (14 hari)RM250 (20 hari)RM400 (30 hari)
Total Iklan124
PosterTiadaTiada1 poster
CopywritingTiadaTiada1 copywriting
Content AdviceAdaAdaAda
AnalysisAdaAdaAda
LaporanAdaAdaAda

Kalau anda berminat nak hire kami untuk bantu run iklan anda, anda boleh terus hubungi kami. Tekan je >>WHATSAPP KAMI<< tu. Kami akan entertain inquiry anda dan kita buat sampai jadi. Nak tengok portfolio pun boleh je.


Sumber: DataReportal

Show 2 Comments

2 Comments

  1. Fitri4390

    Yg part uph fb ads 2 xde hrge kwn2 ke tuan? hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *