Dah masuk tahun 2024 tapi anda masih belum tahu sebab Kenapa anda kena buat Tiktok Ads? Mari saya kongsikan sebabnya.
Apa itu Tiktok Ads

Tiktok Ads adalah sebuah platform pengiklanan dimana jenama-jenama besar atau pencipta kandungan melakukan video promosi secara berbayar.
Hanya ada dua jenis video promosi yang diiklankan oleh mereka iaitu: Produk dan Servis.
Hari ini kami nak kongsikan dengan anda 5 sebab kenapa anda kena buat Tiktok Ads terutamanya pemilik perniagaan atas talian.
Pengguna Aktif Yang Ramai
Setakat tahun 2024, dilaporkan oleh Search Logistic bahawa pengguna aplikasi Tiktok di seluruh dunia sudah mencecah 1 Billion pengguna aktif. Dahsyat tak dahsyat Tiktok ni, dia cuma perlukan masa 4 tahun sedangkan Facebook memerlukan 10 tahun untuk melakukannya.

Di Malaysia pula, seperti yang dilaporkan oleh Data Reportal pengguna Tiktok ialah sebanyak 28.68 Juta orang berusia 18 tahun dan ke atas. RAMAI WEH!
Disebabkan pengguna aktif yang ramai inilah kami merasakan ini merupakan Tiktok Ads sangat relevan untuk dijalankan.
Kos Yang Berdaya Saing
Sekiranya anda seorang yang takut mengambil risiko, Tiktok Ads adalah tempat untuk anda bermain secara selamat dalam dunia pengiklanan digital ini kerana mempunyai kos yang berdaya saing. Anda boleh mengawal kos iklan dengan Kos-per-Seribu (CPM) dan Kos-per-Klik (CPC) yang sangat competitive.
Anda boleh bermula dengan menetapkan sebanyak RM20 sahaja sehari untuk satu iklan. Menarik Bukan?
Mudah Muncul di FYP

Tak percaya kan? Ya memang kami pun tak percaya, kerana seorang pencipta kandungan harus menghasilkan ratusan kandungan yang kreatif dan mengikut trend di Tiktok untuk muncul di FYP. Itupun jika bernasib baik ya!
Tetapi dengan Tiktok Ads, anda akan keluar di FYP tanpa perlu menghasilkan kandungan yang gempak-gempak pun.
Sedikit penafian ya, muncul di FYP okay? Belum tentu menatijahkan pulangan. Hehe. Kalau nak pulangan ada cara yang lain yang mana nantilah kami kongsikan.
Mesra Pengguna untuk E-Commerce
Kalau anda mempunyai produk yang boleh dijual secara atas talian, maka Tiktok Ads amatlah relevan dengan anda kerana ianya sangat mesra pengguna dengan e-commerce.
Anda cuma perlu letakkan pautan ke Landing Page anda, dan Tiktok akan mengarahkan pengguna ke sana dengan pantas.
Mempunyai Format yang Pelbagai
Printify ada mengongsikan bahawa, Tiktok Ads menyediakan lebih kurang 13 jenis format iklan. Setiap satu jenis format ini mempunyai kekuatannya tersendiri bergantung kepada kandungan iklan anda.
Bapak banyak!
Bekerjasama dengan Pencipta Kandungan Popular

Ini yang paling mahal sekali!
Sekiranya anda mempunyai produk dan servis yang hendak diiklankan, disamping anda boleh bayar mana-mana pempengaruh untuk membuat kandungan berkenaannya. Anda boleh juga menggunakan Tiktok Ads ini bekerjasama dengan mana-mana Pencipta Kandungan yang Popular.
Ini akan menyebabkan lebih luas jangkauan bukan sekadar kepada pengikut mereka sahaja, malah orang yang masih belum mengikut mereka juga dapat melihat iklan tersebut.
Berbekalkan populariti dan kepercayaan mereka sebagai pempengaruh, jenama anda akan lebih dikenali orang!
Kesimpulan
TikTok Ads telah menjadi satu platform pengiklanan yang sangat relevan dan berdaya saing dalam dunia digital hari ini. Dengan jumlah pengguna yang besar di seluruh dunia, termasuk Malaysia, TikTok menawarkan peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh pemilik perniagaan atas talian.
Kos yang berdaya saing, kemudahan muncul di FYP, dan keserasian dengan e-commerce menjadikannya pilihan yang bijak untuk meningkatkan kesedaran dan jualan jenama anda. Selain itu, pelbagai format iklan yang disediakan memberi anda fleksibiliti untuk menyesuaikan strategi iklan mengikut keperluan anda.
Tambahan pula, kerjasama dengan pencipta kandungan popular boleh memperluas jangkauan dan meningkatkan kredibiliti jenama anda. Jadi, jangan tunggu lagi, mulakan TikTok Ads untuk perniagaan anda sekarang dan lihat sendiri hasilnya!
Jika anda merasakan tulisan kami ini bermanfaat, silakan kongsi di semua platform media sosial anda agar lebih ramai yang memperoleh manfaat darinya.