4 Langkah Mudah untuk bangunkan laman web anda sendiri

Langkah-langkah buat website sendiri

Kami kira dengan perkembangan teknologi semasa dan juga seiring dengan perkembangan ekonomi, rata-rata orang sudah mula mempelajari sedikit sebanyak ilmu berkenaan IT dan juga perniagaan.

Kesannya dapat kita lihat semasa PKP 1.0 diumumkan, boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia berbelanja secara atas talian. Ribuan laman web dibina sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Anda boleh terus lompat ke langkah-langkah buat website sendiri dengan menekan table of content yang disediakan di atas sekiranya anda tidak ingin membaca sebab-sebab anda memerlukan sebuah website.

Kenapa kita memerlukan website

Tidak kira apa jua bidang yag kita ceburi, kita mestilah mempunyai matlamat yang jelas kenapa kita memilih sesuatu bidang tersebut. Begitulah juga apabila kita memilih untuk membangunkan sesebuah website. Berikut kami kongsikan kenapa kita memerlukan website.

1. Kredibiliti

Salah satu sebab kita perlukan website adalah untuk meningkatkan kredibiliti perniagaan kita. Terdapat kemungkinan di mana pesaing kita mungkin menyediakan servis dan tawaran yang sama seperti kita. Satu cara untuk anda lebih menonjol daripada mereka adalah dengan membangunkan sebuah website yang lebih jelas isi kandungannya, lebih cantik, lebih kemas dan lebih pantas.

Orang akan mempersoalkan adakah anda merupakan peniaga yang sebenar ataupun sekadar scammer sekiranya anda tidak mempunyai website. Dengan memiliki sebuah website maka ini akan menjadi peluang untuk membina first impression orang lain terhadap anda.

READ ALSO  10 helpful iPhone tips | Apple Support

2. Jenama

Tak perlu dihuraikan dengan lebih panjang lagi kerana kita semua sudah tahu betapa tingginya impak apabila kita menjenamakan perniagaan kita. Dengan adanya website sendiri, kita sudah boleh membina feeling bakal pelanggan kita terhadap kita. Bahkan, bakal pelanggan anda akan lebih mudah terikat hatinya dengan anda.

3. Leads

Leads ialah Bahasa Inggeris dan maksudnya secara mudah ialah bakal pelanggan anda yang mempunyai minat dengan apa yang syarikat anda tawarkan kepada mereka. Sudah pastinya dengan mempunyai website, maka lebih ramai orang yang akan tertarik dengan tawaran-tawaran yang anda sediakan untuk mereka.

4. Trafik organik

Secara mudah, apabila website anda sudah dioptimumkan dengan Google, maka hasil carian di Google akan menyenaraikan anda sebagai top list di halaman utama carian Google. Perkara ini akan tercapai apabila trafik ke website anda bertambah hari demi hari.

Semakin ramai yang melawati website anda, maka semakin tinggi kemungkinan untuk anda menambah pangkalan data pelanggan-pelanggan anda.

5. Penjimatan Masa

Apabila kita menjalankan perniagaan, kita tidak akan terlepas daripada menerima emel atau panggilan daripada bakal pelanggan mahupun pelanggan sedia ada. Mereka akan mengajukan pelbagai soalan kepada kita sehinggalah menjejaskan masa yang mereka ada dan masa anda.

Terlambat mengangkat panggilan dan membalas emel akan menatijahkan kesan negative terhadap pelanggan anda. Bahkan kaki tangan anda juga akan hilang focus terhadap perkara yang lebih penting lagi.

Dengan adanya website sendiri, ia dapat mengurangkan panggilan-panggilan ini, dan meningkatkan produktiviti dalaman anda. Pada masa yang sama, website akan membantu pelanggan anda mencari maklumat yang mereka perlukan tanpa perlu membuat panggilan dan emel kepada anda. Hal ini turut meningkatkan pengalaman pengguna mereka.

READ ALSO  Kenapa kena buat FB Ads

6. Kemas kini dan pengumuman

Boleh dikatakan ramai sahaja pelanggan yang akan terlepas apa-apa kemas kini dan pengumuman yang anda lakukan. Hal ini kerana latar belakang pelanggan anda yang berbeza-beza. Mungkin ada yang sibuk dengan mesyuarat, sedang memburu, sedang memandu kereta, sedang mengajar dan sebagainya.

Oleh kerana website anda itu tersedia 24/7, maka segala kemas kini dan pengumuman yang terlepas itu dapat dilihat semula di website anda nanti. Jadi website ini adalah salah satu cara untuk pastikan mereka sentiasa mengikuti kemas kini dan pengumuman daripada anda.

7. Pemasaran Digital

Mungkin kami akan menyediakan sebuah tulisan yang lain pula untuk menceritakan berkenaan pemasaran digital menggunakan website.

Namun, secara mudahnya, sebuah perniagaan yang bagus turut mempunyai kekuatan dan keupayaan yang kukuh dalam pemasaran digital mereka menggunakan website. Produk dan servis mereka akan dapat kekal relevan dari masa ke masa.

Perkara yang perlu disediakan sebelum buat website

Kami sudah menulis panjang tentang sebab-sebab anda memerlukan sebuah website, betul? Mari kita lihat, apakah langkah-langkah untuk membangunkan website anda.

1. Domain

Kami ada mengongsikan apa itu domain di sini, sila rujuk tulisan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Langkah pertama anda perlu mendaftar domain anda pada mana-mana penyedia domain. Antaranya ialah datakl.

Sila ambil perhatian, anda perlu memastikan bahawa anda menggunakan nama domain yang mudah diingati oleh bakal pelanggan anda. Boleh rujuk di sini untuk membeli domain.

2. Hosting

Kami ada mengongsikan apa itu hosting di sini, sila rujuk tulisan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Langkah kedua  anda perlu mencari hosting. Antara penyedia hosting ialah datakl.

READ ALSO  Cara-cara menetapkan harga design anda | Tips Untuk Pereka Grafik

Apabila anda sudah mendaftarkan domain anda, maka anda perlu mengaktifkan domain tersebut dengan cara dimasukkan ke dalam hosting anda. Selepas itu barulah anda pasang apa-apa platform yang anda ingin gunakan untuk membangunkan website anda itu. Boleh rujuk di sini untuk membeli hosting.

3. Platform

Kini, terdapat pelbagai pilihan yang disediakan secara atas talian platform-platform yang anda boleh gunakan untuk membangunkan website anda.

Apakah platform yang boleh membangunkan website?

  1. WordPress
  2. Wix
  3. Joomla
  4. Magento
  5. Asp.net
  6. JSP
  7. Open Cart
  8. PHP

Ini adalah platform-platform yang tersohor untuk membangunkan website. Namun kami disini lebih memilih untuk menggunakan WordPress untuk membangunkan website kami. Boleh rujuk sini.

4. Kandungan

Sepatutnya, kandungan adalah elemen pertama yang patut dibincangkan ketika kita hendak membangunkan website.

Anda mestilah berfikir dengan lebih panjang tentang ciri-ciri website anda. Hal ini akan membantu anda menyediakan kandungan yang sesuai, yang mesra pengguna bahkan dapat menarik hati mereka untuk kembali ke website anda nanti.

Tajuk (headline) yang digunakan, gambar yang dimuat naik, laras bahasa yang digunakan, gaya penulisan dan sebagainya akan memberi impak yang sangat besar kepada mereka. Oleh sebab itulah, anda perlu memuktamadkan kandungan apa yang anda nak sajikan di dalam website anda.

Kesimpulan

Pastikan anda mempunyai matlamat yang jelas, website jenis apa yang anda ingin bangunkan. Pastikan anda memilih domain, hosting dan platform yang tepat. Kemudian anda boleh terus membangunkan website anda mengikut cita rasa anda sendiri.

In Shaa Allah dalam penulisan yang lain kami akan menceritakan pula cara-cara membangunkan website dengan menggunakan platform WordPress.

Nak cari orang yang boleh membangunkan website untuk anda? Jangan segan-segan untuk hubungi kami. Kami menyediakan servis terbaik dalam membangunkan website pelanggan-pelanggan kami.

Show 1 Comment

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *