Buat pengguna produk Apple, kita sudah sedia maklum bahawa ciri Face ID telah menggantikan ciri Touch ID untuk iPhone bermula iPhone X pada tahun 2017 yang lalu. Namun semenjak itu, telah bertebaran desas-desus mengatakan bahawa Apple mungkin akan mengembalikan ciri Touch ID ini ke dalam iPhone. Walaubagaimana sekalipun, masih belum tiada apa-apa yang berlaku.
Kini, satu laporan baharu dari Bloomberg mengatakan yang Apple sudah menguji dengan menambah ciri Touch ID ke dalam iPhone. Akan tetapi ia agak mustahil untuk terjadi dalam masa terdekat ini.
Dalam edisi terkini, Mark Gurman mengatakan bahawa Apple sudah menguji Touch ID dalam skrin untuk iPhone dan sudah menimbang untuk menambah ciri Touch ID ke butang kuasa seperti iPad Air dan iPad mini.
Kesimpulannya walaupun Apple sudah menguji kedua-dua ciri ini, Gurman percaya yang ia mustahil akan berlaku dalam masa terdekat ini.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat perbincangan dalaman untuk mengembalikan ciri Touch ID ke dalam telefon versi andalan. Syarikat ini sudah menguji ciri Touch ID dalam skrin bahkan memikir untuk meletakkannya di butang kuasa. Pada saat ini, saya percaya yang Face ID akan kekal sepertimana ia sekarang dan Touch ID tidak akan kembali ke iPhone versi andalan-sekurang-kurangnya dalam masa terdekat.
Mark Gurman, Bloomberg
Salah satu kebarangkalian lain Gurman berpendapat yang Apple boleh pindahkan Touch ID ke butang kuasa kepada iPhone versi standard seperti iPhone SE.
Sumber :
Miller, C. (2022, October 2). Report: Apple unlikely to bring touch id back to the iphone despite testing it. 9to5Mac. Retrieved October 3, 2022, from https://9to5mac.com/2022/10/02/touch-id-iphone-face-id/
Pingback: Cara-cara menghidupkan ciri “Low Power Mode” pada Apple Watch anda | Ismet Fitri