iium konvo

Result SPM dah keluar tapi tak tahu nak ambil kos apa di universiti – Baca sini

Adik-adik yang dah dapat keputusan SPM 2022 mesti ada yang tak tahu lepas ni nak buat apa kan? Nak ambik kos apa ye kat universiti nanti? Kos yang aku ambil ni syok ke tak syok nanti?

Meh sini, abang kongsikan dengan adik-adik semua, apa kos yang adik-adik semua boleh pertimbangkan untuk ambil semasa di universiti nanti. Sudah semestinya boleh menjamin gaji yang lumayan. hehe.

Disebabkan abang ni alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), maka abang nak share dengan adik-adik apa kos yang boleh adik-adik ambil di UIA ni. Jom kita tengok satu-satu.

Terdapat 10 buah kulliyyah setakat blog ini ditulis yang kini ada di UIA. Setiap kulliyyah ini menawarkan kos yang berbeza untuk anda semua.

Jom kita tengok jadual dekat bawah untuk rumusan kos yang ditawarkan oleh kulliyyah di UIA ni.

KulliyyahKos yang ditawarkan
Kulliyyah of Information and Communication Technology (KICT)1. Information Technology
2. Computer Science
Kulliyyah of Engineering1. Manufacturing
2. Electronics – Computer and Information
3. Communication
4. Mechatronics
5. Materials
6. Civil
7. Biochemical-Biotechnology
8. Mechanical-Automotive
9. Aerospace
Kulliyyah of Architecture1. Urban & Regional Planning
2. Architectural Studies
3. Quantity Surveying
4. Landscape Architecture
5. Applied Arts & Design
Kulliyyah of Medicine1. Speech-Language Pathology
2. Nursing
3. Medicine & Surgery
4. Medical Imaging
5. Physiotherapy
6. Optometry
7. Dietetics
8. Audiology
9. Pharmacy
10. Biomedical Science
11. Dental Surgery
Kulliyyah of Science1. Mathematical Sciences
2. Biotechnology
3. Physics
4. Applied Chemistry
5. Applied Plant Sciences
6. Marine Science & Technology
Kulliyyah of Law1. Law
2. Law (Shariah)
Kulliyyah of Economics and Management Sciences1. Islamic Finance
2. Business Administration
3. Accounting
4. Economics
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge (IRK) & Human Sciences (HS) Programmes1. IRK & Heritage in Fiqh and Usul Al-Fiqh
2. IRK & Heritage in Usul al-Din & Comparative Religion
3. IRK & Heritage in Qur’an and Sunnah Studies
4. HS in Sociology and Anthropology
5. HS in Psychology
6. HS in Political Science
7. HS in History & Civilization
8. HS in English Language and Literature
9. HS in Communication
Kulliyyah of Education1. Teaching English as Second Language (TESL)
2. Teaching Arabic as Second Language (TASL)
3. Guidance and Counseling
4. Islamic Education
Kulliyyah of Language1. Arts in Malay for International Communication
2. Tourism Management
3. Arts in Arabic for International Communication
4. Arts in English for International Communication

Mengikut trend semasa di Malaysia, kini kos yang menjadi pilihan utama dan mendapat permintaan yang tinggi adalah kos yang berlatar belakang teknologi komputer.

READ ALSO  Kenapa anda kena buat Tiktok Ads

Jika kita lihat dalam jadual dekat atas ini, adik-adik tengok ada dua kos je kan ditawarkan untuk kos berlatar belakangkan teknologi komputer? Kos Information Technology dan Computer Science. Tapi jangan terkejut ye. Sebab walaupun dua je kos yang ditawarkan, tapi kos ini mampu melahirkan pakar dalam bidang teknologi komputer tau.

Antaranya;

  • Eksekutif IT
  • System Analyst
  • Database Manager/Designer
  • Software/Application Developer
  • Web Designer/Developer
  • Analyst Programmer
  • Multimedia Developer
  • Technology Manager
  • Network Administrator
  • IT Consultant
  • Technical Support Manager
  • E-Commerce Developer
  • Technopreneur
  • Academician/Researcher/Scientist

Macam abang cakap tadi, jangan terkejut ye. Adik-adik bukan setakat boleh kerja di agensi kerajaan, bahkan di bidang kesihatan, industri, pendidikan dan juga kewangan.

Kalau adik-adik minat buat business, siap boleh jadi founder syarikat IT lagi tau. haa mantap kan?

Untuk pengajian sepenuh masa, adik-adik perlukan masa selama 4 tahun ataupun lebih kurang 8 semester untuk menamatkan pengajian.

“Tapi kan bang, lama tu”. Adik-adik, nak habis SPM pun ambil masa 11 tahun tau. Mula darjah satu sampailah tingkatan 5. Apa lah sangat 4 tahun di universiti tu. Bayangkan dengan ilmu yang kita ada tu, kita dapat kembali menabur bakti untuk anak bangsa kita pulak di kemudian hari.

Inilah part paling best sekali ni. Dah penat belajar 4 tahun, tidur pun tak menentu, projek kelas yang bersepah-sepah. Berapa gaji yang kita boleh demand? Kita boleh jugak google dekat LinkedIn, JobStreet dan beberapa portal pekerjaan yang lain. Memang ada disenaraikan julat gaji.

Benda ni akan ikut tahap kemahiran kita dalam kos yang kita ambil. Jom kita tengok jadual dekat bawah.

READ ALSO  11 Gabungan Fon Google terbaik untuk anda cuba dalam reka bentuk grafik
BidangJulat Gaji Permulaan
Pengaturcaraan (Programmer/Developer)RM3,000 – RM4,000
Pengaturcaraan Multimedia (Game Developer)RM3,000 – RM4,000
Sekuriti (Cyber Security)RM3,000 – RM4,000
Pereka (Web/Multimedia/UI/Game Designer)RM2,500 – RM3000

Ni semua abang dapat dari kawan-kawan abang yang start kerja dalam bidang-bidang yang disebutkan di atas. Disebabkan diorang ni semua memang perform dalam programming, sekuriti dan juga design, diorang boleh demand tinggi walaupun untuk first gaji diorang tau.

Dan tak nafikan jugak, rezeki diorang lah kan. Tapi berbaloi dengan masa dan wang yang dah dilaburkan menuntut ilmu tu.

Senang macam ni lah. Kerja apa pun kita buat nanti, yang paling penting sekali kita mestilah kena enjoy dengan apa yang kita buat. Enjoy tu dengan erti kata kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang sihat.

Dapat majikan yang baik dan rakan sekerja yang baik adalah perkara yang paling heaven sekali bila bekerja nanti tau. Kalau gaji besar-besar pun, tapi kalau dapat persekitaran yang tak best macam mana?

Bos suka maki-maki dan marah-marah, kawan-kawan talam dua muka, disisihkan oleh kawan, ditindas oleh bos dan macam-macam lagilah kerenah bekerja ni. Mesti kita taknak kan.

Sebabtulah abang kasi nasihat dekat adik-adik semua, ambiklah kos yang adik-adik minat. Waktu belajar pun kita enjoy dengan kawan-kawan dan lecturer.

Ingat ye, tubuh badan kita ni ada haknya juga. Kita nak pakai lama. Kena lah start jaga sejak dari awal lagi sebelum apa-apa perkara tak sihat menjengah badan kita ni. hehe.

Okay ada beberapa saluran untuk daftar. Pertama, adik-adik boleh try apply di UPU. Adik-adik follow step-by-step dia untuk apply UPU ni tau. Sebab abang dulu pun apply situ je. Dah grad dah pun. hehe.

READ ALSO  Tools Yang Graphic Designer Perlukan

Kedua, adik-adik boleh apply di website UIA sendiri. Sama jugak, baca dia punya guide tu satu persatu dan apply lah ye.

Nanti dah masuk UIA nanti, kalau nampak abang tegur-tegur lah ye. “Bang, saya baca website abang sekarang dah final year ni”. Tak ke bangga abang dengar. Hehe.

Adik-adik kena ingat, abang takde niat nak rendahkan mana-mana kos lain yang ditawarkan okay. Semua kos baik dan ada manfaat dan faedahnya untuk ummat.

Sila fikir baik-baik kos apa yang anda nak ambil dan pastikan bila dah mohon dan dapat tawaran tu, belajarlah rajin-rajin dan tekun. Moga-moga Allah menjadikan adik-adik semua insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Ameen.

Show 2 Comments

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *