Hari ini 9 September 2022 Apple telah mengumumkan pelancaran Apple Watch Ultra. Pelancaran kali ini membawa rekaan yang lebih kemas dan pelbagai ciri baharu yang dibina untuk ketahanan, eksplorasi dan pengembaraan.
Baca artikel sebelum ini: Inilah perkara baharu dalam watchOS 9 yang telah diumumkan
Apple Watch Ultra memperkenalkan badan 49mm titanium dan kristal sapphire hadapan rata yang memaparkan paparan paling besar dan cerah. Sebuah butang Action yang boleh tersuai turut menawarkan akses kepada beberapa ciri lain yang berguna.
Jam pintar ini turut hadir dengan bateri yang mampu bertahan selama 36 jam dalam penggunaan yang biasa. Tambahan pula, sebuah tetapan low-power yang baharu ditawarkan sesuai untuk kepenggunaan harian sehingga 60 jam lamanya.
Tali jam pintar juga ditawarkan dengan tiga rekaan baharu iaitu Trail Loop, Alpine Loop dan Ocean Band. Ciri rekaan yang unik ini menyediakan pemadanan yang lebih selamat dan selesa untuk setiap pengembaraan.
WatchOS Apple Watch Ultra
Apple Watch Ultra ini dikuasakan oleh watchOS 9 yang mempunyai metriks larian yang lebih canggih untuk mengukur prestasi seperti panjang langkah (Stride Length), masa menyentuh tanah (Ground Contact Time), ayunan menegak (Vertical Oscillation), dan kuasa larian (Running Power).
Bentuk Rekaan Apple Watch Ultra
Rekaan Tali Jam Baharu
Jam pintar ini hadir dengan rekaan tali jam Trail Loop yang dikhususkan untuk ketahanan atlet dan pelari. Tali ini adalah yang paling nipis setakat ini untuk sebuah Apple Watch.
Sebagai seorang pengembara pula, tali Alpine Band yang dibuat dengan benang berkekuatan tinggi menawarkan penyelarasan dan ikatan yang lebih selamat. Tali ini menggabungkan dua lapisan yang dapat menghapuskan kesan bebenang.
Sekiranya anda peminat sukan air exkstrim, maka tali Ocean Band merupakan pilihan yang tepat untuk anda. Dengan kancing titanium yang kemas dapat membantu untuk aktiviti berselam juga. Tali ini turut mempunyai ekor ekstra yang membenarkan penggunanya memakai dengan lebih selesa untuk sut yang basah.
Perbandingan Apple Watch Ultra dengan Apple Watch Siri 8
Apple Watch Ultra | Apple Watch Siri 8 | |
Harga | RM3,799 | RM1,899 |
Saiz | 49mm | 41mm or 45mm |
Paparan | LTPO OLED Retina Always-on Display 2,000 nits | LTPO OLED Retina Always-on Display 1,000 nits |
Bahan Binaan | Titanium | Stainless Steel Titanium |
Processor | S8 SiP Third-generation optical heart sensor ECG | S8 SiP Third-generation optical heart sensor ECG |
Pengesan Kesihatan | Blood oxygen sensor Temperature sensor Fall Detection Crash Detection with watchOS 9 | Blood oxygen sensor Temperature sensor Fall Detection Crash Detection with watchOS 9 |
Ketahanan Air | 50 meter | 50 meter |
Ketahanan Habuk | IP6X | IP6X |
Jangka Hayat Bateri | Up to 60 hours with Low Power Mode | Up to 36 hours with Low Power Mode |
Pengecas | Wireless USB-C Fast Charging | Wireless USB-C Fast Charging |
Kesambungan | Wi-Fi 802.11 b/g/n(2.4, 5 GHz) LTE and UMTS, Bluetooth 5.3 | Wi-Fi 802.11 b/g/n(2.4, 5 GHz) Bluetooth 5.0 |
Pengesan Lain | GPS/GNSS Compass Always-on Barometric altimeter Accelerometer Gyroscope Ambient light sensor | GPS/GNSS Compass Barometric altimeter Accelerometer Gyroscope Ambient light sensor |
Warna (Aluminium) | – | Starlight Midnight Silver PRODUCT(RED) |
Warna (Keluli) | – | Graphite Silver Gold |
Warna (Titanium) | Titanium (natural color) | – |
Ciri Tambahan
Kini Apple Watch Ultra menampilkan kebolehan mengesan suhu badan. Ciri ini membolehkan kesihatan seorang wanita dinilai lebih lanjut. Dwi-pengesan yang unik ini boleh membezakan antara suhu badan dan suhu persekitaran badan.
Bukan itu sahaja, kebolehan yang baharu ini turut memberikan pengguna jangkaan ovulasi yang membantu untuk merancang keluarga. Pengesan suhu ini turut membolehkan jangkaan haid dapat dibuat dengan lebih baik.
Harga Apple Watch 2022
Adakah anda berminat untuk memiliki jam tangan pintar Apple Watch?
Walau bagaimana sekalipun, jangan lupa untuk sentiasa mengukur baju di badan sendiri agar kelak tidak menanggung bebanan. Belilah mengikut kadar kemampuan anda kerana setiap Apple Watch yang dihasilkan begitu lengkap dengan ciri-ciri yang diperlukan oleh seorang pengguna.
Sumber
Introducing Apple Watch Ultra. Apple Newsroom. (2022, September 8). Retrieved September 8, 2022, from https://www.apple.com/newsroom/2022/09/introducing-apple-watch-ultra/
Orr, A. (2022, September 7). Compared: Apple Watch Ultra vs. Apple Watch Series 8 & series 7. AppleInsider. Retrieved September 8, 2022, from https://appleinsider.com/inside/apple-watch-series-8/vs/compared-apple-watch-ultra-vs-apple-watch-series-8-series-7
Pingback: Ulasan iPhone 14 Pro | Ismet Fitri
Pingback: iPhone mesti gunakan kabel USB-C menjelang 2024, Undang-Undang Kesatuan Eropah(EU) | Ismet Fitri
Pingback: Cara-cara menghidupkan ciri “Low Power Mode” pada Apple Watch anda | Ismet Fitri
Kalau sy lh kn, baik pkai SE je betul x?
Ya betul. Kalau pakai sebab nak “fancy look” atau ikut “trend” cukuplah dengan SE.
Tapi kalau anda memerlukan ciri-ciri yang lain, boleh sahaja anda membelinya. Apa-apa pun ukur baju di badan sendiri.