TNG eWallet NFC

Rasmi : Touch ’n Go Lancarkan Kad Generasi Baru Yang Boleh Ditambah-Nilai Melalui NFC Telefon Bimbit

Hari ini secara rasminya Touch ‘n Go telah melancarkan satu kad generasi baharu yang hadir dengan sokongan NFC yang membolehkan pengguna membuat tambah nilai terus menggunakan aplikasi TNG eWallet.

Dengan harga yang mampu milik RM10 dan kos penghantaran serendah RM5, maka harga ini sangatlah berbaloi.

Bukan itu sahaja, kad ini boleh terus dipesan dari aplikasi TNG eWallet itu sendiri, ataupun melalui kedai TNG.

Ikuti langkah-langkah dibawah untuk memesan kad TNG baharu anda.

  1. Buka aplikasi TNG eWallet
  2. Tekan ikon Kad TNG
  3. Tekan Pesan Sekarang
  4. Tekas Pesan Kad Touch ‘n Go / Semak Status
  1. Masukkan kuantiti kad yang ingin dipesan
  2. Tekan Beli Sekarang
  3. Masukkan butiran peribadi anda
  4. Tekan Semak Pesanan
  1. Tandakan kotak anda bersetuju dengan terma dan syarat
  2. Tekan Bayar
  3. Tekan Lihat Pesanan
  4. Pesanan anda disahkan

Kini anda sudah boleh menanti abang posmen untuk menghantar kad baharu TNG anda. Bahkan anda tidak lagi perlu beratur panjang di mana-mana stesen minyak atau perhentian RNR untuk tambah nilai kad TNG anda.

READ ALSO  MENARIK! Lepas ni dah boleh muat naik fail sehingga 2Gb di WhatsApp
Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *